GULAI IKAN MASIN


  GULAI IKAN MASIN

Salam Ramadhan buat semua,


Bahan-bahan yang diperlukan :

Ikan talang masin, rempah ikan, bwg merah/putih, halba campur, 6 cili kering, santan, terung, kacang panjang, nenas.
Mula-mula rendam dulu (ikan talang masin) yang  dah dipotong kecil untuk mengurangkan rasa masin yang berlebihan.

Mari kita mula memasak:

Ambil rempah ikan dalam 2  1/2 sudu besar dan gaulkan dengan air.
Masak rempah ini diatas api sederhana. Kalau nak masukkan ubi kentang, eloklah dimasukkan sekali (supaya cepat empuk)
Biarkan sehingga rempah masak.


** Nota: Rempah tidak akan pecah minyak sebab kita tak masukkan minyak untuk menumis

Setelah itu, masukkan ikan masin tadi bersama-sama dengan terung dan nenas. Juga masukkan santan dalam setengah cawan.

Garam tidak perlu lagi sebab ikan dah cukup masin. Masukkan sikit serbuk perisa. Biarkan mendidih.  Tutup api.


Di kuali berasingan, goreng bwg merah, bwg putih,halba campur dan daun kari semua sekali.
Bila dah kekuningan angkat dan terus masukkan kedalam periuk gulai tadi. Selepas dituang masuk, tutupkan periuk dengan penudungnya. Ini dinamakan tumis darat.

Gulai ikan kering kita dah siap di masak.

Rose 
21st.July '12