AGAR-AGAR GULA MERAH BERSANTAN


                             AGAR-AGAR GULA MERAH BERSANTAN

Assalamualaikum semua,

Tengahari ni mak cik Rose tak masak sebab tinggal kami 2 beranak ja kat rumah. Jadi dah agak free sikit, buat ja lah sikit agar-agar yang simple ni untuk dessert.
Untuk anak-anak  yang tinggal jauh dari keluarga, cubalah buat kat asrama ke, dorm ke, mana-mana sajalah.

Kita perlukan agar-agar (macam gambar dibawah), gula merah, gula putih, sikit garam, santan dan sebiji telur.



1) Mula-mula basuh agar-agar tu dulu. Lepas tu, masukkan kedalam periuk dan masukkan air. (ukuran air ikut plastik agar-agar tu tadi. Isikan air dalam plastik agar2 tu sampai hampir penuh)
***Nota : Kalau pakai separuh saja agar2 tu, air pun separuh plastik saja.
2) Di dapur berasingan masakkan gula merah dengan sedikit air. Bila gula dah pecah dan cair, tapis dan tuangkan kedalam periuk agar-agar tadi. (Ingat, jangan terlebih air semasa masak gula merah tadi)




Bila dah mendidih, masukkan gula putih dalam satu cawan dan biarkan mendidih lagi. Tadi mak cik Rose saja tambahkan sikit nescafe dlm satu setengah sudu teh untuk menaikkan lagi rasa agar-agar ni.
Ikut hati kita lah..kalau kita nak tambah perisa apapun boleh, janji makan.


 Setelah tu masukkan santan yang dah dipukul dengan telur tadi dan juga sedikit garam.

Biarkan mendidih sekejap. Tutup air dan bolehlah dimasukkan kedalam acuan yang sedia ada.
Masukkan ke dalam peti sejuk dan voila...

Rose
24th.Oct '12