Nasi Goreng Telur Masin

Salam semua,

Hari ni saya nak masukkan satu resipi yang mungkin semua blogger masakan di Malaysia akan masukkan juga ke dalam blog masing-masing. Resipinya ialah nasi goreng. Hidangan ni dah macam sebati dengan kita rakyat Malaysia.
Jadi untuk memberi sikit kelainan dari nasi goreng yang biasa kita buat dan makan, saya mencuba Nasi Goreng Telur Masin. Haa..mesti cuba. Sedap. Ada sikit kelainan dari nasi goreng yang biasa kita buat di rumah.

Bahan-bahannya :

2 cawan nasi putih
1 biji telur masin yg di rebus ( dipecah-pecahkan)
sikit udang basah
Bawang putih dan bawang merah yang dirincik kecil
3 biji cili merah (yg ditumbuk kasar atau dikisar)
1/2 besar sudu sos tiram
1 sudu besar kicap manis


Kita mulakan dengan menumis bwg merah dan cili merah.Sejurus selepas tu, masukkan bwg putih.

Tumis sehingga bawang menjadi warna jernih, sekarang masukkan telur masin dan udang dan gaul rata sehingga udang di salut telur tadi.

Sekarang, masukkan nasi dan gaul lagi. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau sekejap dan dah siap.
Mesti cuba. Kalau pakai beras Basmathi lagi sedap sebab beras ni tak berkanji jadi kita dapat rasa telur masin tu bersalut dengan nasi dengan lebih baik lagi.



Bersama dengan nasi goreng ni, saya buat sambal kering tempe sebagai hidangan iringan.
Tempe frozen

Tips : Tempe di atas ni saya simpan dah berminggu dalam peti sejuk. Kalau kita biarkan di bahagian biasa dlm peti sejuk, ia akan rosak atau jadi berkulat. Jadi saya goreng tempe ni dulu, biarkan sejuk. Lepas tu saya masukkan dlm zipper bag macam diatas dan simpan dalam freezer. InSyaAllah tahan lama.


Rose
10th.Oct '13