Saya sebetulnya tak tahu nak taruk tajuk apa, Laksa saja ka ataupun Laksa Penang ka or Laksa Utara. Last-last saya pilih Laksa Utara lah sebab kita sebelah utara buat laksa tak pakai santan.
Rasanya dah banyak blog yang masukkan resipi laksa ni. Saya pun turut memuatkan resipi laksa di sini. Bukan apa, kita boleh saling belajar dari sesama sendiri cara penyediaan dari orang lain. Macam resipi laksa yang akan saya paparkan ni pun mungkin lain sikit dari orang lain.
Tak payah saya membebel panjang, jom kita mulakan dengan bahan nya :
5 ekor anak ikan parang (kalau ikan besar kurangkan kuantitinya/ Ikan ikut pilihan yang anda suka)
3 ketul ikan sardin dan ambil 3 sudu sos-nya (canned sardine)
5 sudu besar cili kering yang dikisar atau cili boh (boleh kurangkan kalau tak suka pedas)
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesom (sebelah utara panggil daun cenohom kalau tak silap)
1/4 cawan air asam jawa dan 2 keping asam gelugur
sikit garam dan gula
1/4 buah nenas
1/4 nenas dan bunga kantan |
1 batang serai
sikit halia
sikit belacan
3 ~ 4 ulas bwg merah
(semua bahan ni di kisar)
Sebelum kita masak kuah dia, ikan harus direbus dan diceraikan dari tulangnya.(Air rebusan jangan di buang) Ikan parang banyak tulang halus jadi ambik masa sikit nak buang tulang dia.
Ambik isi ikan parang ni dan juga ikan sardin, lenyek2kan sampai hancur.
Masukkan semula semua isi ikan kedalam periuk air rebusan ikan tadi. Masukkan juga cili kering kisar dan rebus dengan api sederhana.
Dikuali yang lain, isi sikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar (dalam tulisan merah). Tumis sampai garing dan naik bau. Tutup api dan angkat bahan tumisan tadi dan terus masukkan kedalam periuk yang sedang kita rebus kuah itu. Ini akan memberikan aroma yang lebih harum.
Selepas tu bolehlah dimasukkan segala daun kesom, bunga kantan, air asam jawa, garam dan gula. Juga campak masuk buah nenas tadi untuk memberi perisa yang lebih kepada kuah laksa kita ni.
Masak dengan api sederhana sehingga kuah mula sedikit pekat. Sekarang bolehlah dipadamkan api dan siap untuk dimakan.
Tau apa rahsia kuah laksa yang sedap? Senang saja. Simpan satu hari. Esok tu baru makan. Ehmm..delicious!
Untuk laksa, seperti biasa kita hanya perlu celurkan di dalam air panas. Celur selama lebih kurang lapan ke sepuluh minit. Kemudian ambil se urat dan cuba pecahkan dengan jari. Kalau dah putus, makna nya dah masak.
Masukkan sikit minyak masak semasa proses mencelur supaya laksa tadi tak melekit seperti gam.
Rose
25th.Oct '13