Salam malam Jumaat,
Dua hari lepas saya beli ketam kat market. Agak mahal juga. 3 ekor 13 ringgit mungkin sebab bukan musim dia. Tapi agak besar juga jadi saya tak kisah sangat lah.
Nak masak apa pulak dengan ketam ni. Kari ketam? Dah selalu sangat. Chili crab pun kerap juga. Jadi saya ingat hari tu masak yang simple sudah. Buat masak kicap. Masak kicap ni saya pernah makan lama dulu kat Pulau Pangkor. Sedap betul. Saya tak dapat resipi dia yang betul2 tapi version yang saya buat ni pun sedap juga . Boleh cuba sendiri kat rumah. Kalau tak sedap bagi tau saya, saya akan remove dari blog ni.. hehe
3 ekor ketam di belah dua
3 ulas bawang putih di rincik halus
1 sudu besar udang kering di tumbuk kasar
3 pelepah daun kari (ambik daunnya saja)
4 biji cili merah (di hiris)
1 sudu besar rempah daging (saya pakai Baba's)
1/2 sudu teh jintan manis
1 labu bawang besar di mayang
sikit kicap cair dan sikit kicap manis
Kita mula memasak :
Ketam direbus dulu. Tunggu sampai kulit ketam menjadi merah. Rebus kira kira 3 min didalam air panas.
Selalunya saya tak buang kulit supaya isinya tak kecut.
Angkat keluar ketam tadi dan ketepikan dulu. (simpan air rebusan anggaran 1/2 cawan)
Sekarang panaskan minyak sikit didalam kuali yang besar, kemudian tumiskan bahan-bahan di dalam tulisan biru.
Bila dah naik bau, masukkan rempah daging (tanpa air) dan tumis lagi.
Masukkan ketam kita dan renjiskan dengan kedua-dua jenis kicap, air rebusan tadi dan jintan manis.
Kalau rasa kurang masin baru tambah garam.
Bila dah hampir masak bolehlah ditaburkan bawang besar yang di hiris nipis.
Kalau nak sos yang lebih, boleh lebihkan air.
Okay dah siap. Senang kan?
Salam dari saya
Rose
31st.Oct '13