Salam buat semua,
Petang semalam semasa melayari internet, mak cik dok tengok resipi-resipi dari luar negara dan terjumpa satu resipi ni iaitu nasi Kabsah. Nasi ni berasal dari Arab Saudi dan ada sikit persamaan dengan nasi tomato ataupun nasi beriyani.
Apapun, mak cik cuba buat resipi ni sebab kita orang Malaysia kan suka makan nasi. Nanti kalau masak makanan barat semua orang tak cuba pulak. Lagipun bahan-bahan dia senang dapat, yang tak dapat tak payah pakai.
Jom kita cuba untuk tumis awal:
2 potong butter atau pun boleh tukar dgn minyak ghee
2 labu bwg besar dimayang dan 3 ulas bwg putih
1 batang karot yang diparut
2 biji buah tomato
Bila bawang dah agak layu masukkan tomato puree dan tomato buah yang dah dipotong dadu tadi juga karot. Masukkan juga ayam-ayam tadi kacau lagi.
Sekarang masukkan air dalam 2 cawan dan juga semua bahan-bahan (didalam tulisan biru).
Kita masak biar agak lama dengan api sederhana supaya jus-jus dari sayuran dan ayam tadi akan marinate sendiri didalam pot kita.
Jangan lupa masukkan garam juga.
Untuk beras kita pakai basmathi. ( 2 cawan)
Sediakan serbuk sikit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lawang, bay leaves, serbuk buah pala, serbuk lada putih dan stok ayam (mak cik buat sendiri stok ayam dan simpan utk kegunaan masakan lain)
Okay, part ni boleh pilih sendiri. Ayam yang dimasak tadi, mak cik Rose keluarkan untuk digoreng dengan minyak yang sikit ataupun boleh di bakar dalam oven. Boleh juga dibiarkan terus dalam pot masak bersama2 dengan nasi kita.
Bila/kalau dah keluarkan ayam tadi, sekarang masukkan pulak beras yang dah di cuci tadi. Kalau nak ubah masuk kedalam rice cooker pun boleh, senang kerja. Masukkan kismis atau biji gajus atau apa saja yang kita suka.
Rasa nasi kabsah ni ada sikit rasa nasi tomato atau beriani sebab campuran rempah dia hampir sama.
Kalau suka bolehlah dibuat sikit acar nenas/timun atau apa jua sampingan untuk menambah selera.
First time buat, tak banyak beza sangat dengan nasi kita. Jadi senang kita nak terima ikut citarasa orang kita.
Rose
16th.Jan '13