Salam sekali lagi,
Suka makan kuih tako dak? Kat rumah mak Cik Rose, semua suka. Sedap dan senang saja nak buat.
Yang merumitkan sikit, nak buat kotak kecik pandan nak isi kuih tu. Tapi, tak pa.
Bukak YouTube www.youtube.com/watch?v=Yec0J5l. Tengok cara nak buat kotak pandan tu.
Bahan bahan yang kita perlukan:
Untuk lapisan bawah:
1/2 tiub tepung hoen kee tiub putih ( 50 gm)
sikit garam
1 suku cawan gula (ikut manis yang kita suka)
1 1/2 cawan air ( kalau adunan tepung nampak agak pekat, boleh tambah sikit lagi air)
Sedikit Jagung (canned) ataupun sengkuang cina di rincik kecik-kecik
Untuk lapisan atas pula :
Santan RM 2.00
sikit garam
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
i) Sekarang, masukkan semua bahan untuk lapisan bawah kedalam periuk dan masak atas api perlahan.
Kacau jangan henti. Masak sehingga adunan tadi bertukar menjadi hijau jernih dan mula bubbling (tak tau nak guna perkataan apa yang betul.)
Angkat dan mula cedok masuk ke dalam bekas pandan tadi.
Masak sampai tepung hijau tadi tukar jadi jernih mcm ni |
Tunggu sekejap, jangan masak lapisan atas dulu, sebab kita nak biarkan lapisan bawah tadi cool off dan mengental (lebih kurang 10 minit)
ii) Ok, Sekarang masukkan pula semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk dan masak dengan api yang kecil juga. Kacau sehingga tepung mula mengental dan bubbling (jangan biar terlalu banyak bubble). Kalau kurang kental, boleh tambah sikit lagi tepung.
Bila dah masak, angkat dan cedokkan masuk ke dalam lapisan bawah yang kita biar sejuk tadi. Harus dilakukan dengan cepat supaya tepung tidak menjadi kental.
Dah siap. Biarkan sekejap. Lepas tu bolehkan di masukkan kedalam peti sejuk. Kalau tak mau pun boleh juga.
Nota :Kalau tak ada tepung hoen kee, tepung jagung pun boleh juga.
** 50 gm tepung boleh dapat dalam lebih kurang 18 biji kuih tako.
Senang dan sedap. Tak banyak bahan yang perlu di cari.
Rose
26th.December '12