Alhamdulillah, puasa kita yang sebulan dah selesai dengan jayanya. Raya yang kita sambut pun tak terlebih daripada yang sepatutnya. Kita tidak terlalu mengikut hawa nafsu dan berbelanja berlebih-lebihan. Sekarang semua dah back to normal. Yang mana yang kerja dah start kerja dan yang mana belajar dah masuk sekolah atau kolej semula.
Ugama kita mengajar jangan boros berbelanja. Jadi tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya mengawal nafsu daripada pembaziran yang tak sepatutnya.
Seperti yang saya tulis di blog yang lalu, saya sekeluarga telah berhari raya di Chiang Mai bermula dari 6hb.Ogos tempoh hari. Apa yang ingin saya tulis disini ialah ingin berkongsi apa yang kami temui sepanjang percutian di sana.
Sebelum sampai ke bumi gajah putih itu, saya agak skeptical dengan keadaan sekeliling seperti, macam mana nak cari makanan halal di sana, baik kah orang-orang Thai ni dan macam2 lagi.
Semasa sampai di jeti Satun, kami perlukan kenderaan untuk ke Haadyai secepat mungkin sebab flight kami akan berlepas pada jam empat petang. Ada operator kenderaan kat situ boleh mengaturkan perjalanan kami dengan harga RM 190.00 (perjalanan 1jam empat puluh minit). Saya memang tak happy dengan harga tu tapi memandangkan kami kesuntukan masa, maka terpaksalah kami menerimanya. Pulak tu, dia janji akan bagi kereta yang elok tapi bila sampai kereta jenis Mercedes lama. Kalau Mercedes S class tak pa la jugak. Kami ada lima orang. Saya bertekak jugak sikit dengan orang tu tapi macam yang saya kata tadi, kami nak cepat jadi terima ajalah.
Permulaan ke airport yang menyakitkan hati. Makin mendalam rasa tidak percaya kepada orang Thai ni. Akhirnya sampai jugak kami di Chiang Mai. Kami terus ke kaunter transport untuk ke hotel penginapan kami. Saya agak terkejut apabila harga bagi sebuah MPV jenis Pajero adalah RM20.00 sahaja untuk satu kereta.
Saya lebih terkejut apabila pemandu yang membawa kami sangat berbudi bahasa. Rasa terubat jugak sakit hati tadi apabila terpaksa membayar harga yang tinggi bagi kereta cabuk tu.
Sampai di hotel, jam dah menunjukkan pukul 6.45petang. Waktu berbuka bagi Chiang Mai pada hari tu ialah 6.53petang. Jadi selepas check in kami bergegas keluar dengan tuk-tuk untuk cari makan.(Kalau ikutkan memang boleh kalau nak buka puasa sebab musafir tapi semua nampak okay saja). Kami tanya pada pemandu tuk-tuk kedai makan Islam. Saya cuma sebut Muslim food. Dia orang dah tahu mana nak bawa.
Kalau kita tinggal dihotel dalam (pekan baru) new city, contohnya hotel Centara Duangtawan,Suriwongse, Royal Princess, Imperial Mae Ping dan banyak lagi, semua hotel ni berdekatan dengan Anusarn Market. Anusarn Market ni macam uptown kita di Malaysia ni. Di kawasan Anusarn Market ni banyak restoran orang Islam. Ada masjid berdekatan kawasan ni. Jadi tak susah sangat nak cari makanan halal. Harga dia sederhana, tak mahal sangat dan tak la murah sangat.
Saya paling suka dia orang punya pulut mempelam. Punya la sedap. Pulak tu, harga dia cuma RM4.00 (BHT 40.00) tapi kalau tak silap saya mangga yang dia aturkan dalam pulut tu hampir sebiji drp buah tu. Jangan risau, saya memang tak boleh habiskan sebab nak jaga paras gula tapi saya tak risau tak habis sebab ada ramai MDL dengan saya. haha..
Kalau kita jalan keliling bandar tu, kita boleh nampak ramai orang Islam di sana. Ini mungkin disebabkan kedatangan mereka ke daerah ni ratusan tahun dulu untuk berniaga.
Anusarn Market |
Di sebelah hotel yang saya nginap pulak ada banyak deretan kedai. Yang paling banyak adalah tempat mengurut dan spa. Saya memang suka pi urut, Dirumah pun selalu anak2 yang mengurut. Jadi bila nampak tempat ni, saya jadi kelam mata. Mana satu nak pilih ni. Akhirnya saya pilih satu kedai yang nampak decent dan kami semua boleh pergi berurut. Harganya? RM20.00 untuk satu jam. Haah, tunggu lagi. Siang tu saya cuma urut kaki, sebelah malam saya book wanita yang sama untuk mengurut saya. Saya ambik satu jam setengah untuk seluruh badan (Thai massage) Kali ni saya bayar RM? Jeng jeng jeng.. RM30.00 saja. Punya la berbaloi, rasa nak bawa perempuan tu balik mai sini.
Etnik Hmong |
Ada satu hari tu kami visit istana musim sejuk Raja Thailand, Bhubing Palace nama tempat tu, tak ada apa sangat cuma cantik untuk nak ambik gambar atau nak abadikan dalam memori yang kita pernah ke situ. Saya tanya dengan guide kami, ada dak kampung2 yang boleh kita pergi melawat. Dia cakap dipenghujung jalan ni ada kampong. Jadi saya pun bersetuju utk pergi kesana. (Oh ya sebelum lupa, saya book guide ni untuk satu hari, dengan harga RM150, sangat berbaloi)
Bila sampai disitu, rupa2nya kampong yg dimaksudkannya ialah kampong commercial ataupun lebih kepada pelancongan. Tapi okay juga lah sebab disini tinggalnya etnik Hmong, salah satu etnik yang pelbagai disana. Gambar diatas adalah salah seorang drp anak2 Hmong yang berpakaian traditional mereka. Tapi yang saya rasa menakjubkan, ada juga seorang drp penjual digerai itu berugama Islam. MasyaAllah, tak sangka di tempat yang jauh terpencil macam tu ada orang Islam yang menetap disana.
Bagi saya, kalau kita berkunjung kenegara yang bukan Islam, paling penting ialah membawa bersama alat kompas. Sebelum ni bila saya beli benda2 macam tu, anak2 akan gelakkan saya. Kata dia orang mama nak masuk hutan ke? Nah sekarang kan berguna. Bila dalam bilik hotel tak da tanda arah qiblat, boleh jugak guna kompas saya tu. Untuk solat, boleh kita bukak i Pad check time solat untuk seluruh dunia.
Ada satu lagi tempat yang saya agak terkejut dengan adanya surau bagi orang Islam, iaitu di airport Chiang Mai. Waktu tu dah petang. Flight kami akan bertolak pada pukul 6.55petang. Jadi kami sedang berpusing mencari tempat kosong nak solat.
Tiba-tiba Sara atau Sophie, saya tak ingat, tarik tangan saya tunjuk lambang bulan sabit dan tertulis Muslim Prayer Room. Rupanya ada disediakan surau disini. Di Haadyai tak ada pulak. Padahal rasa saya mungkin lebih ramai orang Islam di Haatyai dari di Chiang Mai ni. Apapun dapatlah kami buat solat Asar disini. Oh lagi satu, Dalam surau ni mereka sediakan satu log book untuk kita tulis nama bagi yang menggunakan surau ni. Mungkin separuh orang tak nak tulis dengan alasan masing2 tapi saya harap kalau boleh eloklah sesiapa yang akan kesana menulis didalam buku log ini. Ini mungkin cara Thai authority nak buat kaji selidik samada kemudahan yang disediakan mereka berbaloi atau pun tidak. Jadi kalau kita tak tulis mungkin mereka fikir tak banyak orang yang guna dan seterusnya menutup kemudahan itu. Sayang kan?
Kami sampai ke hotel di Haadyai hampir jam sepuluh malam. Tak banyak yang dapat dilakukan kecuali tidur.Esok pagi-pagi lagi kami ambik tuk-tuk minta bawa ke restoran Muslim. Kena tambang RM8.00 utk kami semua. Saya tak berapa suka bandar Haadyai ni, tak nampak serinya macam Chiang Mai. Tapi its okay. Kami transit saja, sekejap lagi dah nak ke Satun. Saya agak terkilan dengan harga yang dikenakan kepada kami oleh tuan kedai makan tu. Dia boleh berbahasa melayu sikit2. Mungkin orang Pattani ataupun dari Yala. Mereka di sini agak kasar kalau dibandingkan dengan orang Chiang Mai. Eh, melalut pulak saya. Saya nak bagi tau pasal harga makan tadi. Saya order roti canai 6 keping dan roti telur dua. Suami dan Ariff ambik nasi campur. Air sorang satu cawan atau gelas. Tau berapa harga dia? Lima puluh enam ringgit. Bukannya restoran mewah. Kedai makan biasa ja. Balik2 kat tempat kita lagi murah, murah banyak dari tempat ni. Apa nak buat. Semua lapar, malam tadi tak sempat makan sebab dah lambat. Oh ya, saya teringat satu lagi. Kat Chiang Mai airport, Mc D dia satu set burger, air dan fries dalam RM 27.60 (BHT 276.00) Apahal la mahal sangat tu? Kalau burger tu besar cukup untuk tiga orang makan ok la jugak..
Hai, apapun, kami semua had a great time there. Ada sikit hitches here and there tapi dapat juga tengok negara orang. Alhamdulillah.
Salam dari saya,
Rose
26th.August '13