Salam semua,
Nak buat cucur udang ya? Tapi kadang2 cucur udang kita jadi macam liat sikit. Rasa macam bertepung gitu.
Resipi ni saya dapat dari kawan lama masa di Penang dulu.
Jom cuba ikut cara ni. Lebih rangup.
Bahan-bahan untuk cucur udang seperti biasa, kita perlukan :
Udang kecil (ikut kita nak masukkan banyak mana dalam adunan tu nanti)
Tpg gandum 2 1/2 cawan
Tpg beras 1/2 cawan
Taugeh (anggaran sendiri)
Kucai (anggaran sendiri)
1 sudu baking soda
Sikit garam dan kunyit utk warna
Sebiji telur
1 sudu besar minyak masak
Cara nya :
* Mula-mula masukkan taugeh dan kucai kedalam mangkuk adunan dan juga baking soda.
* Masukkan garam
* Sekarang masukkan telur dan gaul sehingga telur pecah dan rata bersama dengan sayuran kita tadi.
* Masukkan pula kunyit, minyak masak dan udang. Gaul lagi.
* Sekarang baru masukkan kedua-dua jenis tepung.
*Terakhir kita masukkan air. Bahagian ni kita harus hati2. Jgn masukkan banyak air. Air hanya sekadar utk melekatkan tepung sahaja.
Bila semua bahan dah masuk, kita rehatkan ia dlm 1/2 jam. Selepas tu dah boleh menggoreng.
Sekarang kita nak buat kuah kacang dia pula. Tak payah nak buat yang fancy2 yang banyak rempah ratus tu. Kita buat yang senang dan cepat sekali.
Kita cuma perlu :
Kacang tanah yang dah di sangai dan di kisar (separuh kasar, separuh lagi halus)
Cili kering 6 tangkai yg di sangai dan di blender halus.
Gula merah 3 sudu besar (klu nak lebih manis boleh tambahkan lagi
Gula putih 3 sudu besar
Bwg putih 2 ulas di rincik halus.
Sikit garam dan sikit air asam jawa.
Panaskan minyak dan masukkan bwg putih kedalam nya. Goreng sekejap. Sekarang masukkan cili kering yang dikisar tadi bersama segelas air. (Kalau nak kuah lebih, boleh lebihkan air.)
Jangan risau kalau air banyak. Masak sehingga air menjadi lebih kurang 3/4 cawan.
Sekarang, masukkan gula merah, gula putih dan garam. Masak lagi sehingga kuah agak likat. Bila sos dah agak masak, masukkan air asam jawa dalam 1 sudu besar.
Taburkan kacang yang dah kita kisar tadi.
Masak lagi sehingga kuah menjadi pekat.
Dah siap. Senangkan? Tak payah nak pakai segala lengkuas, serai atau apa2 yg lain. Kuah sebegitu utk makan dengan satay. Kuah untuk cucur udang kita buat macam ni saja. Sedap macam tu juga.
Jadi, selamat mencuba. Kalau sedap alhamdulillah, kalau tak sedap cuba lagi. Lama2 pandai lah.
Tips : Bila kita buka buku resipi atau blog masakan, tak perlu kita ikut bulat2 resipi yang di tulis tu. Kdg2 resipi tu pun bila kita buat sendiri kat rumah tak jadi sbbnya sukatan nya mungkin tak sama, contoh dalam resipi tulis 1 cawan, tapi cawan kita dgn cawan resipi tu mungkin x sama besar. Jadi kita kena pandai agak sendiri.
Costing :
Tepung gandum/beras : RM 0.80
Taugeh/Kucai : RM 0.50
Udang : RM 1.00
Kcg tanah : RM 1.00
Jumlah RM 3.30 untuk 6 orang
Selamat mencuba,
Rose
15th.Aug '13