Kari Sayur Madas

Salam semua,

Semenjak menulis blog masakan ni, saya dah mula rajin mencuba resipi baru di rumah. Resipi yang senang di terima oleh orang kita.

Tiga hari lepas, saya cuba buat Gulai Sayur Madas ni (nama cipta sendiri sebab ada manis dan pedasnya) dan memang sesuai dengan selera kita. Resipi ni semua berasaskan sayuran tapi memang sedap. Sesuai kalau ada teman2 kita yang hanya mengambil makanan berasaskan sayuran saja. Tapi kalau nak ayam atau daging pun boleh saja.

Bahan2nya pun yang selalu ada di dapur kita :

1 biji ubi kentang (di potong dadu sederhana besar)
1/2 karot di potong dadu (sederhana)
1 biji terung ( dihiris nipis agak 1 inci ketebalannya)



1 biji terung (yg ni di belah dua dan di rebus hingga empuk didalam air gula sebanyak 2 sudu besar, kemudian dicarikkan seperti gambar dibawah)
1 biji tomato dibelah empat

Boleh guna apa jenis sayur pun. Ikut selera kita.

1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
( dikisar sekali)

1 sudu besar rempah kari daging
1/2 sudu besar serbuk cili yg kasar (cili flakes)
3/4 sudu besar serbuk biji gajus
1 sudu besar ikan bilis ( dibasuh bersih)
1/2 drp santan RM1.00
sikit daun ketumbar
sikit garam

1) Kita mula masak macam biasa iaitu dengan menumis bawang kisar tadi sampai kuning.
2) Masukkan rempah kari ,cili flakes dan ikan bilis  tadi bersama setengah cawan air.
    Masukkan sekali sayur yang keras dulu seperti ubi kentang dan karot.

3) Masak sampai pecah minyak. Kemudian masukkan terung yg dicarikkan tadi dan juga serbuk biji gajus.
    Kacau rata.
4) Sekarang masukkan santan dan sikit garam.
    Air gula rebusan terung tadi jangan dibuang. Ambil dalam dua sudu besar dan masukkan juga kedalam kuah yang sedang mendidih. Juga sayur kita seperti tomato dan terung bolehlah di masukkan sekali.
5) Bila dah hampir masak dan kuah menjadi sedikit pekat, bolehlah dimasukkan daun ketumbar yang
    di carik-carik sikit.
  Sekarang bolehlah tutup api.



 

Kuah ni sesuai dimakan dengan nasi atau roti. Kalau nak buat kuah dhal kan lambat sebab nak rebus kacang tu dulu, yang ini cepat. Sekejap ja dah boleh di makan.

Costing :
Semua jenis sayur : RM 4.50
Bwg dan lain2      : RM 2.00
Santan                 : RM 0.50
Biji gajus             : RM 2.00

Jumlah                : RM 9.00 untuk 6 orang

Murah dan berkhasiat

Salam dari dapur saya,
Rose
2nd.August '13