Dah agak lama mak cik Rose tak update post masakan ni. Bukannya apa, tapi tak mau nak letak sembarangan saja. Selalu masak tapi masak cincai ja bila malas.
Resipi hari ni pun, resipi yang agak malas (bagi mak cik Rose la) iaitu masak asam pedas. Amat ringkas dan cepat di masak, sedap dimakan. Kalau jenis masakan untuk makan dengan nasi, jenis berkuah, masakan ni adalah favourite mak cik Rose.
Resipi ni khas utk anak-anak gadis yg masih baru di dapur.
Jom kita sediakan bahan-bahannya :
- Ikan kembung atau apa-apa ikan yg anak-anak suka
- 4 sudu cili kisar
- 4 ulas bwg merah ,2 ulas bwg putih dan sebatang serai yg di kisar
- sikit belacan ( dikisar sekali dgn bwg)
- sikit serbuk ketumbar
- Daun kesum
- sikit garam dan gula
- suku cawan air asam jawa
- hirisan buah nenas untuk mendapatkan kemanisan dari buah ni
Kita mulakan dengan menumis bwg merah/bwg putih dan serai yg di kisar tadi bersama dgn belacan.
Lepas tu masukkan cili kisar dan serbuk ketumbar. (Kalau nak bau yg segar boleh campur dan kisar sekali cili kering dan cili merah.)
Masukkan sikit air dulu. Tumis sampai cili masak. (nak tau cili masak, warnanya akan bertukar ke merah gelap)
Sekarang bolehlah ditambah air, kalau nak cair lebihkan air, kalau nak pekat kurangkan air.
Buah nenas yg dihiris tadi bolehlah dimasukkan sekarang bersama dengan daun kesum.
Bila dah mendidih, bolehlah dimasukkan ikan, garam, gula dan air asam jawa.
Tutup periuk dan biar lebih kurang 4 minit atau sehingga ikan dah masak dan kuah mendidih.
Dah siap. Senang kan. Cuba masak kat rumah.
Lepas-lepas ni kita cuba masakan dari negara lain pulak. Tukar selera.
Salam hormat,
Rose
24th.May '13