AYAM MASAK MERAH


Assalamualaikum semua,

                                                         AYAM MASAK MERAH

Ayam masak merah ni boleh di katakan an old time favourite bagi kita orang melayu, kan? Boleh kata semua suri rumah tau macam mana nak masak menu ni.
Masing-masing ada sikit kelainan cara untuk menyediakannya.
Di bawah ni cara saya menyediakan ayam masak merah ni.


 Bahan utama : Ayam yang telah digoreng separuh masak.

2 labu bwg besar
3 ulas bwg putih
sikit halia dan 1 batang serai
1 inci lengkuas
(semua bahan ni di kisar sekali)

serba sikit kulit kayu manis/ bunga cengkih/bunga lawang dan buah pelaga
sikit daun kari
1sudu besar rempah kari daging
1/4 cawan susu cair
1/4 cawan sos cili atau sos tomato
3 sudu besar cili kering yang di kisar
Atau boleh pakai cili merah lebih kurang 5 biji (kalau tak mau pakai cili kering)
sikit garam
1 keping asam gelugur
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Kita mula memasak :

Mula-mula tumis, kulit kayu manis, bunga chengkih/lawang, buah pelaga. Lepas tu baru masukkan semua bahan-bahan yang di kisar. Tumis sehingga kuning.


Masukkan cili kering yang dah dimesin dan sesudu rempah daging, tambah air anggaran setengah cawan.
Biarkan sehingga pecah minyak.


Masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi dan biarkan pes tadi mendidih.



Kemudian baru ditambah air lagi anggaran 1 cawan, susu cair , sos cili atau tomato.
Warna masih pucat disebabkan susu yang baru dimasukkan dan sos cili yang belum sebati dengan kuah.
Masak lagi sehingga kuah menjadi pekat. Warna akan bertukar kemerah-merahan. 

Biarkan ia mendidih, kemudian baru dimasukkan 1 keping asam gelugur (yang kecil) dan juga garam.

Saat ini bolehlah anda pilih samada nak kuah yang banyak atau suka yang kering.



Kalau tak nak kuah terlalu pekat, bolehlah ditutup  api lebih awal sikit.
Tengok, warnanya menjadi merah meriah bila sos dah agak kering sebab semua bahan dah sekata dan sebati.

Nota: Pesan orang tua2, asam gelugur/keping harus diletak setelah masakan hampir masak.

26th.June '12

IKAN SWEET & SOUR


      IKAN SWEET & SOUR 

Resipi ni ditujukan khas untuk Mak Lang Dida ,hehe ;)untuk mencubanya dirumah..Jangan buat pekasam pulak resipi ni..

Sediakan ikan (ikan yang anda suka).

Goreng ikan tadi menggunakan tepung ubi. Lihat gambar diatas.
Ikan yang siap digoreng.

Bahan-bahan untuk ditumis, bawang putih,bawang merah, sedikit halia.
Tumis hingga kekuningan dan masukkan cili yang dah dimesin lebih kurang 4 sudu besar.
Setelah cili masak, masukkan sos cili lebih kurang 6 sudu besar (ini adalah untuk anggaran 7 orang makan) dan masukkan juga air 3/4 gelas.
Masukkan garnishing seperti nenas yang dipotong kecil,timun dipotong kiub ataupun bawang besar.
Masukkan sedikit garam, kalau ada sos siam seperti gambar dibawah akan lebih menambah perisa,
 masukkan dalam 2 sudu besar. kalau tak ada pun tak kurang hebatnya. sos tiram juga boleh dimasukkan lebih kurang satu sudu besar. Ingat kalau dah ada sos tiram,kurangkan garam.
Tunggu sehingga kuah agak pekat. Untuk memekatkan kuah, tepung ubi boleh digunakan. (campurkan dengan sedikit air kedalam tepung ubi. Kacau kemudin tuang kedalam kuah/sos tadi.
Lihat, Ikan sweet N sour dah siapuntuk dimakan.

Rose
22hb.June '12

SUP TULANG


                                         SUP TULANG

Salam buat semua,

Tadi lunch makcik/mami Rose masak sup tulang dengan Ikan Sweet and Sour. Jadi sekarang, mai sama-sama kita cuba masak.

Untuk sup tulang, kita perlukan tulang lembu. Bahan-bahan nya pula ialah, bawang putih/halia, (dihiris) serai( diketok),bunga cengkih,bunga lawang dan kulit kayu manis.
Okay,mak cik nak pesan disini, bila masak sup, tak payah tumis sebab minyak dari daging tu sendiri akan keluar dan menjadi minyak. Jadi pemakanan kita lebih sihat.















Mula-mula, selepas tulang dah dicuci, masukkan kedalam periuk bersama air. (air mesti lebih dari daging/tulang) Jangan risau jika kita terlebih air sebab tulang tadi harus dimasak lama. Masukkan satu sudu rempah kurma. 


Setelah itu, masukkan semua bahan berwarna merah diatas. Biarkan anggaran 45 minit. Masa ni sup dah pun mendidih, jadi apa-apa bahan tambahan yang nak kita masukkan dah boleh dimasukkan. Seperti garam secukup rasa, sedikit perisa, satu sudu kecil asam jawa dan kalau nak pedas, patah-patahkan cili api lebih kurang 6 biji dan sedikit lada hitam.

Renehkan sup sehingga daging tanggal dari tulang menandakan sup tadi dah sedia untuk dimakan. Potong daun sup dan taburkan kedalam sup tadi.

Cara memasak supni ada bermacam-macam. Kalau kita nak jenis jernih, tak payah masukkan rempah kurma. Cukup dengan air saja. Kalau kita tak nak pedas, jangan masukkan cili,cukup dengan serbuk lada dan begitulah seterusnya. Kita ikut kreativiti sendiri. Tak perlu seratus peratus ikut resipi yang disediakan.

Mak Cik Rose
22hb.June '12

AYAM GORENG TEPUNG BERSOS


Assalamualaikum,

                               AYAM GORENG TEPUNG BERSOS

Hari ni mak cik Rose nak masak yang simple ja. Anak-anak kecik tentu suka makan sebab tak pedas.
Kita masak Ayam Goreng Tepung Bersos.

Okay,,seperti biasa, kita perlukan ayam. Potong kecik2. Potong dadu pun boleh.
Tepung goreng (tepung adabi atau tepung KFC)
Sedikit cili kering yang dah di mesin
Sos cili. (Kalau kat rumah mak cik Rose pakai sos cili maggi.) Actually apa2 sos pun boleh.
Yang atas ni main ingredients.

Baiklah, sekarang kita start masak.
Mula-mula goreng ayam bersalut tepung tadi. Jgn terlalu masak. Separuh masak ja.
Angkat dan letak ditepi dulu.




Untuk masak sos dia, mula2 kita masukkan minyak. (ingat, selalu pakai sikit saja minyak)
Lepas tu macam biasa, tumis bwg putih, bwg merah dan halia.



Bila dah kuning, masukkan sedikit cili (dalam 2 atau 3 sudu besar) bersama air.
Tunggu sehingga cili betul2 masak.
Lepas tu baru masukkan sos cili tadi dengan ayam yang digoreng separuh masak tadi.
Kalau semasa masukkan sos dan ayam tadi, kuahnya dah pekat, masukkan balik air dlm 3/4 gelas sederhana.
Masukkan sos tiram dalam 1 sudu besar
Ini supaya ayam tadi masak dengan elok.
Lepas tu kalau nak nampak cantik, potong timun dan bawang besar (dlm bentuk kiub) dan masukkan dalam kuah tadi.
Jangan lupa masukan garam secukup rasa. (jgn terlebih garam sebab sos tiram dah masin)
Tunggu sehingga sosnya agak pekat barulah ditutup api dan bolehlah dihidang.





18th.June '12

KARI AYAM


KARI AYAM


Assalamualaikum semua,

Okay, buat semua diluar sana yang baru nak belajar memasak, mai kita sama-sama masak dengan cara yang lebih mudah. Seolah-olah kita berada dirumah sendiri.
Tadi untuk makan tengahari makcik Rose masak kari ayam, so let's try it from you all punya side pulak.Ika/Syarina dan sesapa yang teringin nak belajar masak,  ready, siap semua bahan seperti dibawah.

Kita perlukan,
bahan penting: ayam
2 ketul ubi kentang ( ikut kita nak potong besar mana)
3 sudu makan rempah daging
serba sedikit  bawang merah/putih, halia
serba sikit juga buah pelaga/kulit kayu manis/bunga lawang/bunga cengkih dan daun kari
Santan seringgit.
2 sudu makan kerisik

Dah ready? Mula-mula tumis semua rempah ratus kita dulu.
Bila dah naik baunya masukkan pula bwg putih/merah dan halia. Tumis sampai agak kekuningan.
Lepas tu masukkan rempah daging  (yang telah digaul dgn air)


Masukkan juga ayam dan ubi kentang yang telah dipotong (ikut suka nak potong macam mana, kalau nak cepat empuk potong kecik sikit) dan tutup periuk . Buka api sederhana.

Biarkan sampai pecah minyak.

Setelah pecah minyak, masukkan santan (anggaran santan adalah separuh daripada santan RM1.00 yang boleh dibeli dipasar) dan air lebih kurang satu cawan.

Masukkan juga garam secukup rasa dan sedikit gula juga kerisik (tak perlu gunakan MSG untuk sedapkan masakan). Gula anggaran satu sudu.


Biarkan kari itu mendidih diatas api yang sederhana untuk lebih kurang 10 minit atau setelah kuahnya kelihatan agak pekat.

Setelah itu bolehlah ditutup api dan hidangkan.


Selamat mencuba.. nanti leave comment samada dapat jadi atau tak berapa nak jadi..

Note: Jangan menumis dengan minyak yang banyak sebab santan dan ayam itu tadi akan mengeluarkan minyak. Untuk kesihatan kurangkan minyak.

20th.June '12

Something about Us, The Malays in Malaysia



Hello and hi again to all!

Today I'm dedicating my latest blog for my over-seas readers. I am gonna write about how we, the Malays live our daily lives here in this beloved country of ours, Malaysia.
Just for general information, Malays are Muslim by birth. Chinese are mostly Buddhist and Christian. Indians mostly Hindus and some are Christian as well.

Malay is the largest ethnic in Malaysia. If you were in this country for the first time and don't know how to differentiate us,you can do so by looking for some distinctive appearances. Malays usually have brown and fair skin with big eyes. Chinese are very fair with small eyes. Indians are mostly dark in skin with sharp nose and big eyes. But nowadays, it is sometimes confusing even for us to identify who's who because of the many  inter marriages.

For us, the Malays, our day starts with praying at dawn, that is at about 0600am and lasts just before the sun rises. We perform the prayers five times a day, that is at dawn, in the afternoon, late afternoon, another one is just after the sun goes down and the last prayer would be after eight p.m. Each of these prayers will only take a few minutes. But not everyone does it dutifully.

On everyday scale, most people left for work at about 07:00am (Government sector opens at 0800am) and at 08:00am for those in private sector (starts at 0900hrs). Even though we live in a Muslim country, we are a moderate Muslim country. Therefore women are allowed to go out and work. Women are allowed to do anything they wish to do, provided they have the qualifications and expertise in whatever field they wish to be. The only setback we had over here is to find a house maid to look after the children if women were to leave for work. The country usually works closely with our neighbouring countries such as Myanmar,Indonesia and The Philippines to get supplies of women workers in domestic sectors.

Malaysians, we are a noisy lot. Doesn't matter if one is Chinese, Indian or Malay. Once seated in a coffee shop or anywhere for that matter, everybody talks like nobody's business. Nobody cares. That is why, when watching a game such as badminton, sometimes we had to be told to be silent as it could distract the concentration of the players.We are known to be very friendly people. Sometimes overly friendly to the extend of being annoying. Please bear with us!

Our children can play right in front of our neighbour's house, screaming and shouting their heads off without worrying about anything in the world. They played without choosing what skin color to play with, whereas there were still some adults who stick to their own color. Racism is everywhere in this world but we minimize it by being considerable to other ethnic beliefs. Otherwise, how can we live harmonically in a country with three strong ethnics in peace? That is why, I personally believe too much verbal freedom is not so good for human kind, because sometimes it can lead to destruction. Everything should be done or taken moderately. We're better off that way.

I heard from a friend of mine who were in London for holiday, he said while cooking some Malaysian dish in their rented apartment, the aroma of chilli paste had find it's way to the unit below. A while latter, an Englishman came up and asked if they were cooking something and he said yes. The Englishman advised them that it is not allowed to cook something that can send strong aroma and cause disturbances to others. I find it funny but then, every country has their own culture.
This is mens' sarong


And this is ladies' sarong
Right, now let's get back inside our homes. For those about my age, we usually wear batik sarong for comfort. It's cooling what with this tropical weather. Even men wear sarong as a substitute to pyjamas. I like to see our men in this traditional gear. They look handsome.

Cooking and food. First of, Malaysian staple diet is rice. Some people will have rice for breakfast, lunch and dinner. Today, most people are health conscious, rice are slowly being replaced by some healthier alternatives. The basic for Malay cooking are chili and coconut milk. Therefore, most of our gravies mainly laced with coconut milk just like western cooking with cheese.
Since rice is our staple food, a large selection of ways of cooking it, has been created and improvised, over the years. Most famous here are, Fried Rice, Rice with Coconut Milk,Tomato Rice and many more. We eat rice using fingers, right hand fingers. White rice will usually be eaten with a few selection of dishes such as Fish Curry, some mixed vegetables or malay salad, maybe some fried chicken and squid in chilli sambal. That is a typical malay lunch.

malay salad

I will usually take about 45 minutes to cook all these. Preparation took longer as one had to clean up fish or chicken and crushing garlic and things like that.

By nature,Malays are shy people sometimes to the extend of being timid especially among our young children. We were taught to respect and obey the elders, no questions asked. We would never raise our voices especially towards our parents because that's the biggest sin in Islam. We must always obey them unconditionally unless it is against the teachings.Even then, we still have to be respectful when voicing out our disagreement. Unknowingly, we grew up with this trait still thick within us. We followed what teachers told us to do and they (the teachers) expect the same from student. We would keep our opinions to ourselves and we especially would never hurt other's feeling by retaliation or say out loud things we disagree. That is why, I think, Malaysian student always excel in their exams no matter where they were but poor in interaction, which is sad because it could work both ways. I prefer American style of teaching where student can communicate and interact with their teachers openly and free to receive and give ideas. Of course,there were pros and cons. I will not delve into this because it will take too long to elaborate.

I think I should stop now. Too long will make you guys bored. If you wish to know more about us, write to me or leave a comment. I may resume on this topic or something else.

Happy reading and out for now.
Rose
24th.November '12







Sambut Cuti Sekolah : Memancing

Tiga hari lepas iaitu hari Jumaat kami pergi memancing. Di Kedah hari Jumaat cuti. Kebetulan pulak Sophie ada di rumah dan Sara mula cuti panjang. Hari sebelumnya iaitu hari Khamis,kedua-dua perempuan ni pujuk abah dia orang minta bawa pergi memancing. Ia juga, dah lama tak pi memancing. Abah dia pun telefon orang bot yang kami kenal (kami selalu berurusan dengan mereka) dan  buat booking nak pergi hari Jumaat.  Kami tetapkan pukul 0900 pagi untuk pergi memancing. Tak ada lah panas sangat. Sekarang ni kat Langkawi dah mula nak masuk musim panas. Kalau kat luar musim tengkujuh kan? Langkawi akan panas sangat-sangat dari December sampai bulan March macam tu.



Kedua-dua anak lelaki Ariff dan Soffian tak dapat ikut sebab kerja. Ariff, malam tadi apabila dapat tau saja kami pergi memancing, muncung la sekejap sebab tak bawa dia. Macam mana nak bawa. Jadual kerja dia orang tak tentu hala.

Kami keluar rumah pukul 8 pagi. Stop by kat Air Hangat for breakfast. Saya seperti biasa, dapat karipap atau sepera 3 biji dengan kopi kosong dah cukup. Sophie kata lama tak makan nasi lemak Langkawi, jadi dia ambik nasi lemak. Sara dan abah makan roti canai.
Perut dah penuh , cuaca pun elok, kami terus ke Tg. Rhu. Dari Air Hangat ke Tanjung Rhu ambik masa lebih kurang 7 minit saja. Jadi, kami in no rush. Kami sampai 1 minit sebelum pukul 9. Suami saya bekerja dalam sektor pelancongan, saya juga dulu terlibat sama, jadi kami dah biasa punctual. Anak-anak dah terbiasa dengan jadual kami, jadi dia orang pun terikut sama tepati masa.

Bila sampai saja disana, boat-man kami dah menunggu. Salleh namanya. Dia kata umpan tak dak lagi. Kena cari umpan dulu. Kami tak kisah, ikut ja apa dia kata. Selepas 15 minit  Pak Leh nampak satu sampan pass by bot kami. Dia minta beli sikit ikan kembong buat umpan. Nelayan tadi tu, ambil lebih kurang 9 ~ 10 ekor bagi Pak Leh free. Dia tak nak ambil duit yang kami bagi Pak Leh suruh bayar. Kalau kat market dah tentu-tentu dalam empat ringgit harga dia. Budak-budak perempuan ni dan abah dia gelakkan saya sebab saya kata sayang nak buat umpan, ikan punyalah elok masih berlendir dan mata pun hijau lagi. Sayang saya tak bawa cooler box.

Dah semua siap, Pak Leh pecut bot melepasi Tg Rhu Resort, Four Seasons dan Kedah Cement. Dah agak jauh ni. Mana dia nak bawa kami memancing? Selalunya boat-man akan cari tempat yang agak-agak dekat dengan pulau sebab kata dia orang kawasan macam tu banyak ikan kerapu. Bot berjalan terus. Saya tengok jam hand-phone. Dah setengah jam, tak sampai-sampai lagi. Pak Leh tengah rancak bersembang dengan suami. Lepas tu, saya dengar dia kata Pasir Tengkorak. Did I hear right? Betul ke ni? Dah sampai Pasir Tengkorak. Dah jauh ni.. Pak Leh macam tahu fikiran kami. Tanpa diminta, dia kata dia selalu kalau nak memancing pergi dekat kawasan sini. Banyak ikan. Kami pun diam.

Selepas tu, saya nampak pula Hotel Andaman. Untuk mendapatkan kepastian, saya tanya dia Andaman ke tu? Ya, jawab Pak Leh. Ooii..dah jauh ni..Selepas seketika baru dia berhenti sambil melabuhkan sauh.
Okay dah boleh memancing. Pak Leh jerit sikit dari belakang bot. Kami dengan semangatnya mencapai sorang satu rod. Sebaik saya mata kail sampai ke bawah, tak sampai 3 minit. Pancing saya direntap. Betul ke ni ataupun tersangkut. Cepat-cepat saya kampulkan rod saya nak tengok apa yang saya dapat. Wah ! Betul -betul saya yang pertama dapat ikan. Kerapu pulak tu. Tak la besar sangat tapi kata Pak Leh, besar-besar tu yang sedap makan.


Baru saja angkat ikan tadi, Pak Leh kata kena ubah tempat. Sauh tak sangkut sampai ke dasar dan arus agak kuat. Pulak dah..Pindah lagi. Pak Leh terus memacu bot ke depan lagi. Saya pandang ke kiri kami dan saya nampak Hotel Datai pulak. Jauhnya.. Okay, kita cuba di sini,kata Pak Leh. Baru sekejap duduk. Dapat juga dua, tiga ekor lepas tu kena ubah lagi. Saya dan Sophie mula terasa loya dan pening. Tak pernah-pernah saya mabuk laut, hari ni pulak rasa mabuk sikit. Saya berhenti memancing.

                                      

Kami berpatah balik ketempat mula-mula saya dapat ikan. Pak Leh try lagi sekali labuhkan sauh dia dan kali ini sangkut.Angin pun dah berkurang dan air semakin tenang.

Sophie dengan tangkapan pertama

Selepas lebih kurang 10 minit, Sophie dapat menarik seekor ikan Tanda, kata Pak Leh. Saya tak berapa kenal sangat nama-nama ikan ni. Selepas tu Pak Leh sendiri. Ikan tambak. Kata dia ikan ni kalau kat pasar dalam 20ringgit sekilo. Suami saya jugak berjaya menarik ikan kerapu. Kami agak terhibur dengan Pak Leh yang memberi macam-macam nama kerapu. Kerapu panau, kerapu combat dan macam-macam nama lagi. Entah betul ataupun rekaannya sendiri, tak tau lah.

Sara action lebih macam dapat barracuda
Inilah boat man kami, Pak Leh mengawasi Sara

Tempat terakhir ni memang lubuk ikan.Sara yang dari tadi tak dapat seekorpun, dah mula dapat. Baru nampak ceria sikit. Tadi masam macam cuka. Tapi Pak Leh the best. Dah nama pun orang laut kan? Setiap dua minit (betul, saya tak exaggerate) dia dapat ikan. Setiap dua minit dia dapat ikan. Saya kata kat dia Bang Leh ajar kami macam mana nak dapat ikan macam tu. Dia kata kena jampi sikit. Saya tak tahu lah dia melawak ke betul ka. Tapi Pak Leh memang hebat. Yang tak sedapnya, ikan kecik pun Pak Leh ambik juga. Saya suruh dia buang biar ikan tu besar. Dia kata boleh makan. Sedap besar-besar tu. Jadi, saya dan Sophie dalam diam-diam ambik ikan yang kecik2 tu dan buangkan semula kedalam laut (yang mana yang masih hidup) apabila Pak Leh tak nampak.
Disebabkan mabuk laut tadi, saya langsung tak memancing dah. Saya ajak dia orang balik. Semua buat tak dengar termasuk Pak Leh. Dia pun tengah enjoy sebab dapat banyak ikan. Semua suruh saya tunggu.

Lebih kurang pukul 1.00 tengahari baru semua ready nak balik. Agak sayang juga sebab hari tu memang kami boleh dapat banyak lagi. Tapi disebabkan keletihan kami beredar awal. Dalam perjalanan balik, Sara meminta dari Pak Leh untuk membawa bot. Pak Leh biarkan dia bawa sambil duduk disebelah memberi panduan. Separuh jalan Sophie pun nak cuba juga. Selepas tu tukar lagi. Kali ni Sara bawa sampai penghujung.Yang bestnya Pak Leh dengan penuh confident biarkan Sara bawa sampai kejeti dan labuhkan bot tu kat tempat yang sepatutnya. Ehmm..budak ni bagai dikata lah, senyum sampai ketelinga.

Inilah hasil tangkapan kami hari Jumaat lalu. Best sungguh. Sampai rumah saya terus siang ikan-ikan ni semua . Esok tengahari tu saya ambik 4 ekor yang besar dan masak sweet n sour. Petangnya pulak kami beli sikit satay, pasang api dan bakar satay dengan ikan hasil tanggapan kami cicah air asam. Habis semua, licin..

Lepas ni tak tahu nak plan apa pulak. Cuti sekolah masih panjang lagi. Fishing lagi?

Wassalam,
Rose
----------------------------------------------------------------------------------------------------------

                                                      GONE FISHING

Last Friday we went fishing. Since Sophie is around, we thought of doing something that all of us like. It came down to fishing. The two girls sweet-talked their dad a day earlier and great! He agreed. Come to think of it, it has been quite some time since we last went fishing.
Later on, my husband called our frequently-used boat operator to arrange for our fishing next day. We agreed to leave at 0900hrs as it will be a whole lot cooler than later in the afternoon. Langkawi was about to go into dry season. Usually from December until somewhere in March or April.

The two boys can't make it as they were working. The big brother was mad at me for not waiting until his day off. Children are funny creatures. They get to go anywhere, do anything without us asking too much, but the moment mom and dad are doing something, then there will be questions like "how come I didn't know about it or why can't you wait for me?" Sigh....

Friday morning: We left home about 8 o'clock. We stopped by at a little village for breakfast. Great breakfast!
The air was crisp and cool and the road was almost empty since it's a weekend here. This is heaven. From here to the pier took about seven minutes. We reached the pier a minute before nine. My husband is known for his punctuality. So do I and the children. I guess working in service line had trained us to respect the time without knowing it.


Upon reaching, our boatman was waiting. His name is Salleh. He stood up and gestured us to follow him to the waiting boat. He said we had to find some baits along the way. Fine by us. We were not in a hurry. We stepped into the little boat and Salleh zig-zagged his way out from those docked boats at the pier.
After about 15 minutes we saw a passing boat with his catch. Salleh shouted to the guy and asked to buy some fish for our baits. They guy pulled out about 9~10 mackerel, put inside a plastic bag and gave it to Salleh. He refused the money we offered.
The girls and their dad were laughing at me because I was mumbling about how fresh the fish were. What a waste it had to be our baits. It was still slimy. I should have brought along my cooler box. Silly me.

Now we are ready to leave. Salleh sped off passing by Tanjung Rhu Resort, Four Seasons Hotel dan Kedah Cement. Where is he taking us? We were going further than we used to. Usually boat-man will find a place that is closer to one of the smaller islands. The boat is still moving. I stole a look at my cell-phone. Already half an hour and we're still looking for the right place.
Salleh was happily talking to my husband.
Then I heard him saying Pantai Tengkorak (Skull Beach). Did I hear right? This is far. As if reading my mind, he offered an explaination by saying he normally comes to this place for fishing. Lots of fish.
Our boat-man still searching for the right spot. Turning to my left, I saw Andaman Resort. Just to be certain, I asked Salleh if that building is Andaman.He nodded. Okay, I thought we were going for fishing but it seemed like we were cruising in a fishing boat.
He stopped after a while. He yelled from the back of the boat. Now we can fish. Hearing that, all four of us threw our rods into the sea enthusiastically. Not even three minutes, my hook caught something. Was it a fish or  my hook got tangled with something else. It was a fish. A palm sized garoupa.

Just as we were about to warm up, Salleh again had to change our spot. The current is too strong and the wind too. The anchor didn't reached to the bottom or something, I don't really understand.
He moved the boat again. Sophie and I felt a little tipsy and nauseous. I hadn't had a sea sick since I don't know when.
When he got to another spot, everyone was busy throwing their rods again. I stopped. I don't feel good.

After about 10 minutes, Sophie got a fish. I don't know the name in English. Things got better when almost everyone got some fish.
Overall, Salleh was the best angler. He caught fish every other minutes. I am not exaggerating. He truly was good. There were a few types of garoupa we pulled up. Salleh gave funny names to that garoupa. Now we realized he was a funny guy.

We caught a good number of fish this time. A bucket full. I was feeling tired and call everyone to go home. Reluctantly they pulled up their rods and get ready to leave. It's a shame we had to leave but I really didn't feel up to it any longer.

We left at about one o'clock. Soon as we got home, I started to clean the fish with the help of the two girls.
The next day, we barbequed the fish together with some chicken satay and a plain fried rice for dinner. They cleaned up the whole meals within minutes. Ahhh..blissful..

Until next time.
Rose 21st.Nocember '12