Kuih Lopes

Assalamualaikum semua,

Dah masuk hari ketujuh belas kita berpuasa hari ni. Cepat sungguh masa berlalu. Semalam mak cik Rose rajin terlebih. Masak macam-macam. Nasi ayam lah, bihun sup la, goreng cempedak lah dan kuih lopes. Tepung cucur udang pun dah siap buat cuma tak goreng ja sebab banyak sangat pulak nanti tak habis.

Dah lama tak buat kuih ni, rasa kekok pulak nak gulung . Tapi apa pun berhasil. Jadi dengan elok sekali.
Tak susah mana pun nak buat dia cuma renyah sikit.

Jom kita tengok bahan-bahan yang di perlukan:
antara bahan yang diperlukan

Pulut 1/2 kilo
Santan 2 ringgit
Gula Merah dan gula melaka (dimasak hingga hancur dan agak likat dan tapiskan)
( boleh dimasak sebanyak mana yang kita suka kemudian lebihannya boleh kita gunakan utk kueh lain.)
Daun pandan 4 helai dan sikit pewarna hijau
Kelapa putih (yg tak ada kerak dia tu)
sikit garam
Daun pisang ( 2 pelepah yang lebar dan di layur. Lapkan bersih)

Kita start dengan pulut. Pulut macam selalu elok direndam dulu. Cepat lembut. Rendam dalam 3 jam.
Kalau ada air kapur boleh dimasukkan dalam 1 sudu teh didalam rendaman beras tadi.
(Air kapur ni boleh buat kueh kita lebih rangup dan elok.)

Blenderkan daun pandan dan tapis. Ambik airnya dan campur dengan sikit pewarna hijau tadi. Juga masukkan sikit garam.

1) Basuh pulut tadi dan toskan. Sekarang kita nak masak pulut ni.
    Masukkan kedalam periuk bersama santan dan air pandan tadi. Juga garam.
    Anggaran air dan santan macam kita nak masak ketupat. Biar sama paras dengan pulut kita.
    Sekarang dengan api yang sederhana perlahan tanak pulut tu seolah2 kita nak masak nasi.
    Biarkan agak kering dan tutup periuk dan api.
    Biarkan dalam 5 minit sebelum membungkus.

    (Kalau terlalu panas tak boleh nak pegang dan dah sejuk pulak susah pulut tu kita nak tekan biar padat.)

2) Daun pisang di potong mengikut saiz yang kita nak. Potong biar besar sikit sebab daun ni senang koyak.

3) Scoop pulut tadi dan letakkan keatas daun pisang macam gambar diatas.
    Sekarang gulungkan sambil menekan pulut supaya menjadi se mampat yang boleh.
    Mula2 tekan bahagian tengah, lepas tu bahagian tepi yang kita nak ikat dengan tali tu.
    Tekan dihujung dia dengan teliti.
    Sekarang baru boleh ikat.
 


4) Bila dah siap semua pulut kita, boleh lah kita rebus. Air macam tadi jugak. Biar sama paras dengan kueh       lapis kita.
    Masak sampai air kering. Tutup api dan keluarkan lopes kita.
    Kalau tak mahu rebus, boleh di stimkan.

5) Kelapa kita tadi bolehlah dilumur sikit dengan garam.
    Lopes yang dah sejuk bolehlah kita potong kecil2. Mak Cik Rose guna benang macam zaman dulu2.
    Cantik potongan dia dan tak berderai.
 
https://www.facebook.com/Ariffisma?fref=ts
 6) Gaulkan kelapa tadi dengan kuih lopes dan hidangkan dengan air gula melaka tadi. Ehmm..sedapnya.
     Boleh dapat enam ketul dengan setengah kilo beras pulut.

Gambar oleh Ariff Ismail


Costing : Beras pulut setengah kilo : RM 2.25
              Santan                            :  RM 2.00
              Gula melaka/merah         :  RM 1.00
              Kelapa parut                   : RM  1.00
              Daun pisang                    : Free
              Daun pandan                  :  Free
              
             Total                               : RM  6.25sen
             Hidangan                        : 8 orang 

Murah dan sedapkan?

Nanti cuba ya!

Tips : Kalau pulut lopes ni dapat banyak ketul dan takut nanti tak habis makan pulak, simpan dalam freezer kita.  Bila nak makan, keluarkan dan de-frost dulu kemudian baru rebus. Elok macam baru dibuat.

Salam dari saya,
Rose
26th.July '13