Hari ni kita cuba masak yang ringkas sangat. Kita masak daging goreng dengan daun selasih.
Masakan macam ni kalau malas nak masak ataupun tinggal kita sorang atau dua orang saja kat rumah. Cepat dan sedap.
separuh dari bahan-bahan yg diperlukan |
* Daging yang dihiris nipis ( ikut utk berapa orang yang nak makan)
* Bwg putih 3 ulas
* Bwg merah 1 labu dihiris nipis
* 7 cili padi (ditumbuk kasar)
* Serbuk bwg putih
* Karot di parut halus (klu tak mahu bubuh pun boleh)
* Daun limau purut ( 3 helai di carik)
* 1/2 sudu besar sos ikan
* Daun selasih (basil leaves)
Jom kita mula masak.
Mula -mula daging tadi kita lumurkan sikit dengan garam, lada hitam, serbuk bwg putih dan tpg ubi. Kemudian kita goreng sekejap dalam satu minit macam tu. Alih-alihkan dan angkat.
Sekarang, pakai lebihan minyak tadi dan goreng bwg putih, bwg merah dan cili api yg ditumbuk kasar tadi. Jangan lupa daun limau purut tadi dan karot.
Setelah tu, masukkan daging tadi dan goreng untuk 3 minit macam tu. Taburkan sos ikan dalam masakan kita tadi dan kacau biar rata. Kalau agak kurang masin bolehlah ditambah lagi sos ikan itu. Tak perlu pakai garam.
P/S : Kalau tak nak pakai daging boleh tukar pakai ayam.
Dah siap. Penyediaan dalam 10 minit. Nak masak dalam 6 minit macam tu. Cepat kan? Untuk anak-anak muda kita kat luar sana boleh cuba.
Salam dari mak cik Rose.
Rose 8th.June '13