Puding Mangga


Sekarang ni dah nak masuk musim panas di Langkawi ni. Lagi sikit hari, nak keluar rumah pun dah malas.
Bila dah nak masuk musim panas ni, elok juga kalau kita buat dessert yang segar2 untuk menyejukkan tekak.
Kita kat Langkawi senang dapat buah mempelam ataupun mangga. Jadi apa kata kita ambil sikit buah mangga ni dan buat pencuci mulut di musim panas ni.

2 biji mangga (yang masak ranum lebih elok)
1 botol yoghurt perisa mangga (saya pakai Bliss)
2 cawan gula pasir
2 sudu besar gula perang (utk memberi sikit warna)
2 biji  limau kasturi di perah ambil jusnya
1  1/4 cawn air (kalau suka lebih lembut boleh tambah sikit lagi air)
2 sudu makan serbuk agar-agar

1/2 cawan santan dgn sedikit garam
saya pakai yoghurt ini (200gm)

Jom kita mula :
Mula mula kisar mangga sampai halus. Bila dah kisar, tapiskan dengan penapis air.
Ambil buang serat-serat mangga tadi.


Kemudian tuangkan yoghurt perisa mangga kedalam mangga yg di kisar tadi.


Masukkan pula gula pasir dan gula perang kedalam campuran mangga tadi. Masuk sekali jus limau kasturi.
kacau biar sekata.


Sekarang, masak serbuk agar-agar dengan 1  1/4 cawan air di dalam periuk berasingan.
Dengan api sederhana, kacau terus hingga agar-agar melarut didalam air.

Ambil campuran mangga kita tadi dan tuangkan masuk kedalam larutan agar-agar.
Kacau terus sehingga pudding kita mula mendidih.

Tutup air dan angkat.

Tuangkan kedalam acuan yang kita suka.

Biarkan sehingga suam kemudian bolehlah dimasukkan kedalam peti sejuk.

Puding ni di siram dengan santan.
Bila dah sedia nak makan, keluarkan dari acuan dan siramkan dengan sikit santan.

Yang ini tanpa santan

Puding ni juga boleh dimakan tanpa santan. Lebih menyegarkan.

Kesukaan saya? Yang bersantan sebab mangga dah acidic jadi bila digabungkan dengan santan rasanya lebih sedap, tambahan pula bila dah disejukkan didalam peti sejuk.

Nota : Limau kasturi boleh di tukar dengan limau nipis.

Costing : Mangga 2 biji    - RM 5.00
              Yoghurt 200gm - RM 2.30
               Serbuk Agar2  - RM 1.00
               Lain2 bahan     - RM 2.00

               Jumlah               RM 10.30 untuk 5 orang
               (Boleh dapat dalam 20 biji ikut acuan di atas)

Salam dari saya,

Rose
4th.November '13

Udang Bahia


Salam semua,

A few days ago, saya beli udang kat pasar basah Langkaw. Rumah pun dekat ja dengan market ni. Jadi boleh kata selang sehari saya ke sana. Hari yang saya pergi tu, banyak pula udang besar2 dan segar segar lagi.
Bila dah beli, fikir pulak nak masak apa. Tiba-tiba saya teringat ada satu resipi kalau tak silap dari Brazil buat masakan udang ni dengan menggunakan bahan2 yang hampir sama dengan kita dan saya rasa menepati selera kita di sini.
Anak saya, Soffian yang paling cerewet tentang makanan pun suka dengan masakan udang cara ni.
Jadi apa kata teman-teman pembaca mencubanya sendiri di rumah untuk kelainan sekali sekala.

Bahan-bahan yang diperlukan : Saya dah olah sikit untuk menyesuaikan dengan selera kita di sini.

8 ekor udang sederhana ( kulit dan kepala udang diambil dan direbus dan airnya di simpan)

1 keping roti putih (dicarikkan)
1/2 cawan santan
(kedua2 bahan ni  direndam sekejap kemudian di blender bersama)


3 sudu besar gajus atau kcg tanah disangai sekejap dan di kisar sampai agak halus
1 sudu besar serbuk ketumbar
sikit daun pudina
1 sudu besar gula merah
sikit air asam jawa
sikit garam
Bwg merah/putih dan cili dikisar
4~ 5  ulas bwg merah
3 ulas bwg putih
3 biji cili merah
(ketiga-tiga bahan di kisar bersama)

Mula-mula panaskan minyak untuk menumis bahan di dalam (tulisan merah) sehingga naik bau.


Setelah tu, masukkan roti dan santan yang di kisar bersama tadi bersama dengan air rebusan udang tadi. Anggaran air sebanyak 2 cawan. Juga taburkan serbuk ketumbar kedalam sos ini.

Masak sehingga mendidih dan masukkan sikit air asam jawa, garam dan gula merah.
Terakhir masukkan kacang yang di kisar tadi. Kacau sebentar.


Dah boleh diangkat dan di hidangkan dengan nasi. Boleh ditaburkan daun pudina buat hiasan masakan kita.
Bagi saya, resipi ni sangat sedap.

Selamat mencuba
Rose
1st.November '13







Ketam Kicap Berempah

Salam malam Jumaat,

Dua hari lepas saya beli ketam kat market. Agak mahal juga. 3 ekor 13 ringgit mungkin sebab bukan musim dia. Tapi agak besar juga jadi saya tak kisah sangat lah.

Nak masak apa pulak dengan ketam ni. Kari ketam? Dah selalu sangat. Chili crab pun kerap juga. Jadi saya ingat hari tu masak yang simple sudah. Buat masak kicap. Masak kicap ni saya pernah makan lama dulu kat Pulau Pangkor. Sedap betul. Saya tak dapat resipi dia yang betul2 tapi version yang saya buat ni pun sedap juga . Boleh cuba sendiri kat rumah. Kalau tak sedap bagi tau saya, saya akan remove dari blog ni.. hehe


3 ekor ketam di belah dua

3 ulas bawang putih di rincik halus
1 sudu besar udang kering di tumbuk kasar
3 pelepah daun kari (ambik daunnya saja)
4 biji cili merah (di hiris)

1 sudu besar rempah daging (saya pakai Baba's)
1/2 sudu teh jintan manis
1 labu bawang besar di mayang
sikit kicap cair dan sikit kicap manis

Kita mula memasak :


Ketam direbus dulu. Tunggu sampai kulit ketam menjadi merah. Rebus kira kira 3 min didalam air panas.
Selalunya saya tak buang kulit supaya isinya tak kecut.
Angkat keluar ketam tadi dan ketepikan dulu. (simpan air rebusan anggaran 1/2 cawan)


Sekarang panaskan minyak sikit didalam kuali yang besar, kemudian tumiskan bahan-bahan di dalam tulisan biru.
Bila dah naik bau, masukkan rempah daging (tanpa air) dan tumis lagi.
Masukkan ketam kita dan renjiskan dengan kedua-dua jenis kicap, air rebusan tadi dan jintan manis.
Kalau rasa kurang masin baru tambah garam.
Bila dah hampir masak bolehlah ditaburkan bawang besar yang di hiris nipis.

Kalau nak sos yang lebih, boleh lebihkan air.


Okay dah siap. Senang kan?

Salam dari saya
Rose
31st.Oct '13

My Boys :Their Antics gave me headaches


Hello all,

I couldn't sleep well last night. Awake at 04:15am, tossing and turning trying to bring back the sleep without much success. I finally got up, did a sunnah prayer and here I am sitting right in front of my PC. It has the calming effect on me at the wee hours of the day as I didn't hear any noise or sound around me except for the keyboard where my fingers were pressing on it.

In a week's time, Sara will be seating for her final exam in her last year of school. To me and to other parents, this exam will either make or break their future. Her future lies in this exam. She has been studying hard throughout the year and whatever the outcome or result will be,I will always support and love her the same.
As many of you may have knew it , (for  those who followed my blog) I have four children, two boys and two girls. The two boys are the big brother to the girls. I don't know if any of you experiencing the same situation I am (was) in. The girls usually will study religiously or get their homework done without much push or yell for that matter, from us (the parents). I can't say the same words for the boys.

Let's start with my eldest, Ariff.  When he was in the final year, he treated this exam like any other monthly test. He acted so cool that one wondered if he was the genius with a score of over 140 in IQ test. Believe it or not, a day before his exam, we thought of going fishing and leave him at home alone to do some revision in peace. I am sure you guys can guess what happened. He insisted to tag along. This will help to clear his mind prior to sitting the exam, he said. As if he'd been burying his head in books all these while!
After the result came out three months later, he casually walked towards me and got inside the car. It was a nerve-wrecking moment for me. It should be the other way round.
So I asked him, "Well, what did the result says?" I never expect too much from him as I knew the limit of his accomplishment from previous tests and exams.
He replied,"Ok I guess". I pulled the result paper from his hand and squint my eyes over the little printed writing. "You got a D for English and an E for History (I think) and you said "Ok I guess"?
Do you know what's his next words to me? Read this, " Ma, you should be proud of me, it's  Damn good for my English (referring to his D in English) and I got Excellent for my History (referring to his E in History).
I looked at him in total disbelief. Half of me was about to laugh at his stupid dry jokes and half of me was ready to explode. I give up. Good thing I had sent him to this preparatory school, a vocational school when I saw him lagging too much behind others academically. In this school was where he studied his bakery skill and he is now just a step away from being a pastry chef.

He stands at 5' 7", I think, and weighs  about 95kg (equivalent to 209 lbs). Right, now that you can imagine how he'd look like, can you imagine how he'd behave?  One look at him people will definitely think that he was the quiet type and prefer to be on his own. Wrong, he was neither. He'd sing loudly and he'd do things that will irritate his sisters. He's got a big voice and sometimes he intentionally yell their names at the top of his voice. The funny thing is, he is afraid of Sophie. Not afraid as in literally translated afraid. Afraid in a sense that when he mocked or angered Sophie on purposed, and she would dare him to come down from the stair-case, he wouldn't. He kept a watchful eyes on Sophie in case she came after him. And when she did, he ran with his loud thumping sound as fast as he could afraid Sophie might get to him.

There's another thing that I find it both amusing and annoying. He has a little problem in hearing on his left ear. If we were to speak softly to him, we would have to repeat another two or three times. He would sometime use this to his advantage. He pretend not to hear what I was saying in case he didn't feel up to doing what I wanted him to do. One day, he drove me and Sara to do a little grocery shopping since it was his day off. While inside the car, I was saying something nice about him in a low voice. I was sitting at the back seat behind his seat while Sara in a front passenger seat next to him. He turned a little and said to me, "You really think so ma?"
Both Sara and I was amazed with his reaction. I slapped on his shoulder and said, "So you can hear when I said sweet thing about you. What about other times when we talk about you. Can you hear what we were saying?" He gave that sheepish smile which suggested that he did. Like mother like son. I used my sickness to my benefit (refer to my post Using My Sickness to my Benefit ) and he used his imperfection to suit his mood.

Soffian was far worse than his big brother. As you guys may know from my previous writing, he was always looking for trouble or in trouble. He was suspended from attending the school a couple of times. Reason being, smoking and fighting. A few times his cases were highlighted during school assembly and a few times too I had to fetch him from police station after making an official  police report. One police officer was about to take down his report saw my son standing in front of him and said, "You again? And he went on, "a person like you should  seriously think about joining the police force or the army.You fit very well."

There was one time, he was walking with one of his classmate within the school compound and passed by a row of teacher's cars. His classmate said to him, This car belong to one teacher that I can't stand to see her face. Let's scratch her car. My son, always trying to be the hero, picked something from the ground and scratch from the the back towards the front. Right at that moment a passing teacher passed by and saw him doing it.
To cut it short, he was suspended from that school. The story didn't end there. The school disciplinary board had asked him to call us his parents to come to the school immediately. He (Soffian) would always call me for whatever misdeed he'd done because he knew how his dad would react should he inform his dad.
For this case, probably out of panic, he had mistakenly gave my husband's cell number to the school board. Imagine my husband's reaction when he received the call. To my surprise, he didn't hit the roof this time. He merely said, "Your son got into trouble again."

There was one incident which make me laugh even though I wasn't happy with what he did.
As far as I remember, he never finishes his homework. My girl's school bags was always full and heavy with books. Soffian's bag was  always empty except for a few exercise books. One day after school has entered it's first quarter of the year, one of his teachers had gave him warning to finish his geography homework within the next few days. That nite, he called Sara and asked and made her write all the notes and whatever exercise that needed to be completed while he sat and watched his sister doing it for him. See how smart he is. When trapped in one situation, he was quick to find a solution to help him wriggle out from whatever problem he was in. If only he would apply that brain into a useful manner.

He skipped school like its his father's property. Each week, he will give excuses not to attend school. Sometimes when I lost my temper, he'd obediently wake up, take his shower, take a leisurely breakfast while his sisters were fuming having to wait for him, I succeeded in making him arrived safely to school. You think he'd be a nice little boy for that day? Nope, you're dead wrong! The moment I left him in school compound, he together with a few of his close buddies will change their direction. Instead of going to their respective classes, they played truant. They skipped school and went out to do something else such as snooker.
Do you know how I found out about all his antics? From he himself. He will always tell me what mischief he's up to and how he lied to me about many other things. How do one describe this type of character.

He has since left the school, about four years now. But his legacy in that school lives on. Earlier this year, a boy in a junior class was telling all his friends that he was Soffian's brother. He'd go like, " Hey, in case you guys don't know,I am Pian's brother". I wonder how did he get to know about Pian's reputation.
Sara's classmate heard about it and asked Sara if she has a baby brother. She answered no.
Her classmate then told her about the boy who claimed to be Soffian's baby brother.
I don't get it! How could anyone idolize someone like Soffian.

To this day, he is still the same. I am still hoping against all hope that one day he'll grow up and be serious in his life. As for his brother, Ariff, he's matured in recent years but the little boy mischievousness is still inside him.


That's all for today!

Good nite people
Rose (21:43hrs)
29th.Oct '13








Bihun Goreng Thai Style


Salam semua,

Bihun Thai ni, sebetulnya bila saya fikirkan balik ada banyak persamaan dengan cara arwah tok saya masak dulu. Dia tumbuk kacang tanah sikit, dia tumbuk cili kering sikit, then dia campur dengan udang kering. Sedap sungguh. Jadi kalau nak kata kita tiru masakan ni dari orang Siam pun, tak dak bukti sahih kecuali lah tok saya ada darah Siam. Wallahu'alam.

Apa pun jom kita cuba buat bersama :

1/2 packet bihun
3 ketul ayam yang dipotong kecil atau jenis makanan laut
2 keping tauhu di potong dadu dan di goreng separuh masak
1/4 cawan udang kering yg di tumbuk agak kasar
2 biji telur
4 ~ 5 biji bwg merah
1/4 cawan kcg tanah ( disangai dan ditumbuk agak halus)
sedikit taugeh

3 sudu besar chili flakes
sikit daun bawang
sebiji limau nipis (di belah dua)

1 sudu teh gula
1 sudu besar kicap cair,
1 sudu besar sos tiram
sikit sos ikan
2 sudu besar chili sos


Mai kita mula masak :

Panaskan minyak sikit dalam kuali. Goreng kilas ayam yang dipotong kecil tadi. Angkat dan ketepikan.
Goreng tauhu biar setengah masak. Angkat dan ketepikan.
Kemudian goreng sekejap udang kering. Angkat dan ketepikan.
Sekarang, dgn minyak yang sama, goreng bawang merah sampai kekuningan. Tolak ke tepi kuali.


Sekarang, pecah2kan pula dua biji telur macam kita nak buat scrambled egg tu. Sekejap saja.
Bila telur dah pecah, tarik masuk bawang goreng tadi serta ayam goreng kilas.

Kemudian, masukkan pula bihun kita  kacau sampai sekata.Jangan lupa masukkan udang kering yg di goreng kilas tadi serta tauhu.


Selepas tu tuang semua bahan dalam tulisan biru dan kacau lagi.
Tak perlu garam lagi sebab semua bahan diatas dah cukup untuk memasinkan bihun kita.


Terakhir masukkan taugeh dan goreng sekejap. Tutup api .

Cara dia orang hidangkan bihun ni ialah, letakkan bihun di dalam satu pinggan, bahan-bahan seperti, kacang tanah, chili flakes, limau nipis diletak dikeliling bihun. Siapa yang suka pedas boleh ambil cili yang diasingkan tu. Dan begitu jugak dengan garnishing yang lain.

Selamat mencuba dan menjamu selera.

Rose
27th.Oct '13


Laksa Utara

Assalamualaikum,

Saya sebetulnya tak tahu nak taruk tajuk apa, Laksa saja ka ataupun Laksa Penang ka or Laksa Utara. Last-last saya pilih Laksa Utara lah sebab kita sebelah utara buat laksa tak pakai santan.

Rasanya dah banyak blog yang masukkan resipi laksa ni. Saya pun turut memuatkan resipi laksa di sini. Bukan apa, kita boleh saling belajar dari sesama sendiri cara penyediaan dari orang lain. Macam resipi laksa yang akan saya paparkan ni pun mungkin lain sikit dari orang lain.

Tak payah saya membebel panjang, jom kita mulakan dengan bahan nya :

5 ekor anak ikan parang (kalau ikan besar kurangkan kuantitinya/ Ikan ikut pilihan yang anda suka)
3 ketul ikan sardin dan ambil 3 sudu sos-nya (canned sardine)
5 sudu besar cili kering yang dikisar atau cili boh (boleh kurangkan kalau tak suka pedas)
2 kuntum bunga kantan
1 ikat daun kesom (sebelah utara panggil daun cenohom kalau tak silap)
1/4 cawan air asam jawa dan 2 keping asam gelugur
sikit garam dan gula
1/4 buah nenas
1/4 nenas dan bunga kantan
6 biji cili merah
1 batang serai
sikit halia
sikit belacan
3 ~ 4 ulas bwg merah
(semua bahan ni di kisar)  

Sebelum kita masak kuah dia, ikan harus direbus dan diceraikan dari tulangnya.(Air rebusan jangan di buang) Ikan parang banyak tulang halus jadi ambik masa sikit nak buang tulang dia.


Ambik isi ikan parang ni dan juga ikan sardin, lenyek2kan sampai hancur.
Masukkan semula semua isi ikan kedalam periuk air rebusan ikan tadi. Masukkan juga cili kering kisar dan rebus dengan api sederhana.


Dikuali yang lain, isi sikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar (dalam tulisan merah). Tumis sampai garing dan naik bau. Tutup api dan angkat bahan tumisan tadi dan terus masukkan kedalam periuk yang sedang kita rebus kuah itu. Ini akan memberikan aroma yang lebih harum.

Selepas tu bolehlah dimasukkan segala daun kesom, bunga kantan, air asam jawa, garam dan gula. Juga campak masuk buah nenas tadi untuk memberi perisa yang lebih kepada kuah laksa kita ni.


Masak dengan api sederhana sehingga kuah mula sedikit pekat. Sekarang bolehlah dipadamkan api dan siap untuk dimakan.
Tau apa rahsia kuah laksa yang sedap? Senang saja. Simpan satu hari. Esok tu baru makan. Ehmm..delicious!

Untuk laksa, seperti biasa kita hanya perlu celurkan di dalam air panas. Celur selama lebih kurang lapan ke sepuluh minit. Kemudian ambil se urat dan cuba pecahkan dengan jari. Kalau dah putus, makna nya dah masak.
Masukkan sikit minyak masak semasa proses mencelur supaya laksa tadi tak melekit seperti  gam.

Rose
25th.Oct '13






Kuih Lompang




Salam buat semua,

Saya adalah seorang yang sangat meminati kuih muih melayu ni. Setiap hari terutamanya sarapan pagi saya haruslah ada satu atau dua jenis kuih melayu. Saya takut satu hari nanti kuih tradisi kita akan lenyap kalau kita tak rajin nak membuatnya lagi.
Anak-anak sekarang pun dah kurang minat nak makan apatah lagi nak membuatnya. Jadi walaupun malas saya buat juga dan masukkan kedalam blog supaya tak hilang kuih muih kita di masa akan datang.

Selalunya kuih lompang ni dibuat menggunakan tepung beras dan sikit tepung ubi. Tapi saya suka rasa tepung hoen kee (kacang hijau) sebab rasanya lebih halus kalau dibandingkan dengan tepung beras.
Jadi saya pun tukar selera buat pakai tepung hoen kee ni.


Bahan2nya :
1 tiub tepung hoen kee (hijau)
1/2 cawan air pandan
1  1/4 cawan air (saya pakai rose water utk lebih aromanya)
1 sudu kecil air kapur (kalau ada)
sikit pewarna hijau
1/2 cawan gula putih (kalau boleh kurangkan sikit gula sbb sukatan ni pun dah sangat manis)



(Kesemua bahan diatas digaulkan hingga gula hancur dan sekata)


Bahan utk topping :
Kelapa parut (putih ) dikukus sekejap dan gaulkan dengan sikit garam)

Untuk memasaknya :

kalau takut melekat, bolehlah disapukan sikit minyak dikeliling acuan ni

Pasang periuk kukus kita dulu dan masukkan acuan lompang sekejap biar suam.

Setelah itu, bolehlah di ceduk adunan kita tadi dengan senduk kecil  kedalam acuan lompang dan tutup.
Biar lebih kurang lima belas minit.


Bila dah masak, angkat keluar dan bolehlah ditabur sikit kelapa parut yang dikukus tadi.
Tersangatlah senangnya nak buat dan murah.

Penyediaan dan masa memasak pun sangat singkat dalam 20 minit kita dah boleh makan.
1 tiub tepung hoen kee boleh dapat dalam 18 biji.

Anggaran cost :

Tepung hoen kee     : RM 2.00
Kelapa parut            :RM 0.50
Pandan                    : Free
Lain-lain bahan        : RM 1.00

Total                         RM 3.50

Salam dari saya,
Rose

23rd.Oct '13