Assalamualaikum buat semua,
Ada sesiapa yang baca Mingguan Malaysia kemarin dak? Ada kolum Tun Mahathir tulis pasal orang Melayu. Sebelum saya ulas sedikit mengenai tulisan itu, saya ingin memohon maaf sekiranya sesiapa yang membaca tulisan saya tidak gemarkannya kerana perbezaan pandangan politik.
Saya menulis bukan berpandukan parti tetapi mengenai orang Melayu kita. Kalau sesiapa perasaan, banyak kali apabila Tun Mahathir bercakap pasal orang Melayu, dia akan hampir menitiskan air mata ataupun dengan lain perkataan, sebak. Saya sungguh2 dapat merasai apa yang beliau rasakan. Orang-orang Melayu kita dah macam tak ada hati nak jaga sesama bangsa. Kita semua sedia maklum dan tahu yang orang Melayu kita memang agak slow dalam apa jua perkara, baik dalam pelajaran, pemikiran mau pun melakukan sesuatu (termasuk saya). Ini mungkin dah ada dalam gene (darah daging) kita. Kita agak kebelakang dalam segala hal. Tapi jangan disebabkan perkara-perkara ni, orang-orang Melayu lain iaitu yang bijak pandai dan yang dah berjaya dalam hidup memaling muka atau menutup telinga daripada orang orang Melayu kelas bawahan ini.
Inilah masanya mereka bersama-sama berganding bahu membantu meningkatkan cara pemikiran dan minda orang Melayu setaraf dengan bangsa lain terutamanya bangsa Cina.
Kalau kita kupas sedikit tata cara kerja orang Cina dibandingkan Melayu , kita akan nampak dengan jelas betapa cergasnya mereka menjalankan tugas mereka. Kita ambik satu contoh, katakanlah kita ke kedai Cina nak repair kereta rosak. Dia tengok-tengok kereta kita lepas tu dia cakap timing belt dah nak putus. Lepas tu pulak dia cek dalam kedai dia, timing belt tak dak, stok habis. Dia tak kata kat kita, timing belt habis, you pi cari kedai lain. Dia akan kata tunggu sat, saya punya kawan sekarang on the way mai sini bawa timing belt. You tunggu sat, boleh ka. Itu cara orang Cina. Kalau kejadian sama berlaku dikedai Melayu, dia akan kata ehmm, timing belt tak dak stok. Kalau nak, esok mai lain sebab hari ni tak sempat nak order.
Di sini kita boleh nampak yang tauke Cina itu tadi akan berusaha untuk melayan kita walaupun dia tak dapat untung banyak (sebab dia order timing belt tu pun dari kedai woksyop yang lain, dah tentu-tentu harga tak banyak lari). Dia nak lain kali kita akan datang cari dia lagi.
Kedai Melayu tadi hanya memikirkan untung di depan mata, dia malas nak usaha telefon kawan suruh bawa timing belt itu sebab untungnya tak seberapa. Dia lupa kalau dia berusaha lebih sikit, walaupun harga dia mahal sikit, kita akan datang balik ke kedai dia sebab apa? sebab kita nak tolong dia, sesama melayu.
Dalam kehidupan seharian kita pun, kita boleh nampak, jarang ada orang Cina yang masuk kedai Melayu nak beli barang. Sebab apa, sebab dia orang selalu tolong bangsa dia sendiri. Masuk kedai makan adalah! Apabila saya menulis begini, bukan bermakna saya racist atau bersifat perkauman. Ini adalah fakta.
Sebab tu kita boleh nampak dengan terang dan jelas, kalau ada dua kedai sebelah menyebelah yang menjual barangan atau alatan yang sama, kedai Cina itu sendiri nampak lebih ceria. Selain dari modal yang boleh kita debatkan, perkara paling penting adalah manis mulut dan sentiasa sabar melayan pelanggan. Itu yang orang kita kurang.
Berbalik kepada apa yang Tun cakap, orang melayu kita dah lupa diri. Kita terlalu lupa diri. Sekarang zaman kebendaan. Semua orang punya satu matlamat, nak kejar kekayaan. Yang lain tak payah ambik tau. Kita lupa, kekayaan yang kita cari tu hanya cukup mungkin untuk kita dan anak kita. Macam mana pulak dengan cucu cicit kita? Kita tak kesian ke dengan mereka apabila satu hari nanti, di zaman akan datang, bila bangun tidur, tengok keliling hanya gereja dan kuil-kuil yang berdiri megah disekeliling taman yang mereka huni. Nak cari masjid kena pergi ke kawasan lain pulak. Banggakah kita apabila anak cucu kita nanti terpaksa bekerja dengan bangsa lain di sebabkan ketamakan orang Melayu sekarang? Bolehkah cucu cicit kita mendapat pekerjaan yang elok atau mampukah mereka memiliki kediaman sendiri ?
Tidakkah kita merasa sedih apabila pada satu hari nanti negara kita di pimpin oleh bangsa lain? Buat masa sekarang satu-satunya maruah orang Melayu yang ada, adalah memimpin negara ini kerana kalau dari segi ekonomi kita memang dah "out". Kalau dari segi kekayaan juga, kita masih di belakang. Jadi kalau kepimpinan negara pun orang lain yang jaga, apa lagi yang ada pada orang melayu. Buruk baik kepimpinan sekarang, sekurang-kurangnya negara aman, makanan mencukupi malah berlebih-lebihan pulak, rawatan hospital boleh dikatakan free, belanja persekolahan hampir free. Apalagi yang kita nak?
Kita harus ada sifat positif didalam diri seperti yang selalu di war warkan. Kalau semua benda kita tak puas hati, nanti stress dan cepat dapat sakit. Bercakap pasal tak puas hati ni, semua hal kita tak puas hati. Kita mulakan dengan rupa bentuk diri kita. Kita tak puas hati. Kita tak suka kulit kita gelap sikit. Lepas tu kita tak puas hati dengan mak bapa sebab tak belikan kita I Pad. Kita tak puas hati dengan Tuhan sebab tak perkenan doa yang kita minta. Dari sini kita boleh tengok, kalau orang yang terdekat dengan kita pun, kita tak puas hati, inikan pula kerajaan. Jadi bila dah tak puas hati, segala-gala yang kerajaan buat tak betul. Kerajaan rasuah lah, kerajaan tak jaga kepentingan rakyat lah dan macam macam lagi. Kerajaan mana pun yang ambik alih akan melalui perkara yang sama. Tak akan dapat memuaskan hati kita semua. Jadi sepatutnya kita sujud syukur ke hadrat Allah Subhanahuwata'ala sebab bagi kita negara yang tak ada gempa bumi, ribut taufan yang tak henti-henti, atau kemarau yang teruk sampai tak ada makanan. Sebab itulah, semua ni kita harus berbalik kepada agama. Syukur dengan yang kita ada.
Bayangkan pada satu hari nanti, negara kita dilanda peperangan, tak kiralah apa jua peperangan. Kita terpaksa jadi pelarian. Kemana kah akan kita tuju? Indonesia? Rasanya orang Indonesia akan tunggu depan setiap ceruk rantau untuk mengganyang kita. Singapura? Ehmm.. fikirkan sendiri.. Jadi kemana harus kita pergi. Saya bukan orang politik tapi saya rakyat Malaysia. Saya sayangkan negara saya. Walaupun saya tidak mempunyai harta yang banyak tetapi jiwa saya tinggi untuk memartabatkan bangsa saya walaupun saya masih belum tahu bagaimana caranya,mungkin melalui penulisan ini.
Inilah satu satunya negara tanah tumpah darah kita. Baik buruk negara ini ada di dalam tangan kita.
Janganlah kita mengutamakan diri sendiri hingga terlupa untuk menjaga dan berjasa kepada negara ini bukan untuk kita saja kerana hayat kita pun tak akan lama lagi. Ini adalah untuk anak -anak dan cucu2 kita di masa depan. Kita harus kasihan mereka kerana kita memang sudah maklum yang orang melayu kita slow dan lambat belajar, jadi eloklah kita persiapkan diri menjadi bangsa yang boleh cucu cicit kita banggakan bukannya mereka memaki hamun kita di atas tanah kubur kita kerana kita hanya meninggalkan nama negara Melayu tapi cucu cicit kita hanya dapat mendengar nama negara mereka sebagai Bekas Tanah Melayu.
Sangat menyedihkan.
Marilah sama-sama kita bersatu hati menjadi Melayu yang lebih intelektual dan masih berteraskan Islam kerana setinggi manapun kita berada, agamalah yang akan menjaga tingkah laku dan budi pekerti kita. Tanpanya kita akan terpesong jauh.
Sekian. Wassalam
Rose
24th.Sept '12