Hari ni jom kita buat snack untuk makan petang. Patties kacang kuda. Yang ni senang jugak nak buat dia dan rasa nya pun lebih kurang macam masalodeh.
Kita perlukan :
1 1/2 cawan kacang kuda
(rendam terlebih dulu kemudian rebus sehingga empuk, selepas tu dikisar jangan terlalu halus)
1 cawan serbuk roti
(kita buat sendiri. Potong kerak roti dan kisarkan. Senang saja. Mcm gambar diatas)
separuh drp bahan-bahan utk buat patties |
1/2 sudu besar serbuk cili (terpulang kepada kita sendiri, kalau nak pedas lebihkan)
1/2 sudu serbuk jintan manis
1/2 sudu serbuk ketumbar
1 biji bwg besar (yang dicincang),
Sedikit daun ketumbar
1 biji telur
1 cawan yogurt (hari tu tak ada yogurt biasa, mak cik rose pakai yogurt perisa buah)
2 sudu besar rempah daging
sikit garam
(Bahan-bahan nya nampak macam banyak sangat tapi benda ni semua, selalunya ada di dapur kita jadi tak payah susah-susah nak cari)
Okay, sekarang gaulkan kcg kuda,serbuk roti, serbuk cili, jintan manis, serbuk ketumbar, bwg besar dan yogurt. Pecahkan telur dan sekarang masukkan dan gaul sekali bersama dengan daun ketumbar yang di cincang tadi. Jgn lupa garam secukup rasa.
Guna tangan dan uli bulat dan leperkan.
Pasang api yang sederhana, masukkan sikit minyak masak dan sekarang bolehlah di goreng di dalam minyak yang sikit tadi. Biarkan sehingga agak garing, alihkan dan bolehlah diangkat.
Yang nampak macam jem tu lah chutney. Ia agak manis2 pedas. |
Gambar oleh Ahmad Ariff |
Tengok dah siap pun. Makanan ni boleh di golongkan dalam golongan health food. Jadi utk sesapa yg nak jaga pemakanan dan cepat kenyang, eloklah cuba snack ni.
Jom tengok bahan-bahannya untuk 1 cawan kecil chutney:
1 biji mangga masak
1 cawan gula putih dan 2 sudu gula perang
sedikit halia yang dirincik halus
1 biji bwg (di rincik)
1 ulas bwg putih di rincik halus
3 sudu besar cuka
3/4 cawan air
1 sudu teh serbuk cili (serbuk kasar)
sikit buah pelaga
sikit kulit kayu manis
sikit serbuk jintan manis
Cara nak buatnya :
Masak air dan gula dulu sehingga gula hancur. Masukkan bwg putih dan halia.
Sekarang masukkan pula buah pelaga, k.kayu manis, serbuk cili dan serbuk jintan manis
Kemudian dimasukkan mangga yang dipotong kiub seperti gambar diatas dan juga cuka.
Kalau selalu dan biarkan sehingga betul betul pekat. Buah mangga itu akan hancur dengan sendirinya.
Kalau buat dalam kuantiti yang lebih banyak, masa yang diambil utk masak dalam 2 jam tapi sebab mak cik Rose buat sikit nak tunjuk caranya saja, masa yang diambil tak lama sangat dalam 45 min.
Chutney ni boleh disimpan lama kalau disejukkan dan boleh dimakan bersama dengan ayam panggang atau daging. Buat cicahan ataupun dengan patties seperti resipi diatas.
Agak-agak susah dak nak buat? Tak susah mana pun. Nampak macam susah tapi sebenarnya tak. Mesti cuba.
Salam hormat,
Rose
22nd.Oct '13