PAI AYAM/ DAGING



Assalamualaikum semua,

Dengan izinNya dapat juga saya menulis satu lagi resipi, iaitu resipi kegemaran orang Barat, Pai.
Sebelum kita mula, mak cik Rose nak bagi tips, bila kita buat makanan macam ni, kita tak perlu ikut 100% resipi asal. Tambah2 lagi buat pai ni, kita boleh pilih nak masukkan filling yang macam mana kat dalam dia. Kita punya left over food dalam peti ais tu pun boleh pakai.

Okay jom mula :
i) Untuk pie crust kita hanya perlukan :

2 1/2 cawan tpg gandum
sikit garam
Unsalted butter (dalam 100gm) (keluarkan dr peti sejuk dan biarkan utk 1/2 jam)
Air sejuk ( 4 ~ 5 sudu besar) ** Air dari dalam peti sejuk

Masukkan tpg kedalam bekas bersama garam. Gaulkan rata.

Kemudian potong kecik2 butter dan terus masukkan kedalam tepung tadi.
Sekarang gaul dan pecahkan butter bersama dengan tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.

Bila dah pecah elok, barulah di masukkan air sejuk tadi.
**Jgn terlebih air sebab doh akan bertukar menjadi doh roti biasa. Biarkan sekadar tepung sebati saja.
    Jgn uli terlalu lama.

Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Bungkus didalam plastic cling wrap dan masukkan kedalam peti sejuk lebih kurang 1 jam.

ii) Untuk pie filling/ inti pie pula, kita sediakan :

* minyak zaitun 3 sudu besar
* Daging kisar dalam 200gm
* Isi ayam dari 3 ketul ayam (sederhana besar)
* 1 labu bwg besar / 3 ulas bwg putih
* Sikit daun thymes (boleh dpt kat s/market)
* 6 cendawan butang yang direndam sehingga lembut dan dihiris kecil
* 1 biji ubi kentang dipotong dadu
* 2 biji buah tomato
* Fresh cream ( dalam 3 sudu makan , kalau nak lebih berkrim boleh di lebihkan sikit)
* dan sikit mustard (kalau x suka tak payah masukkan)
* garam secukup rasa
* Kiub ayam (separuh ) dan sikit tpg jagung dicampur dgn air (utk mengentalkan filling)
* 1 butir telur (utk menggris)


Kita mulakan dengan minyak zaitun, bila dah panas taburkan bwg besar di ikuti dgn bwg putih.
Biarkan sekejap. Sekarang masukkan daging kisar dan juga potongan ayam tadi. Kacau biar pecah daging tadi dan tidak berketul.
Bila daging dah pecah dan bertukar warna, masukkan kiub ayam yg bercampur tpg jagung tadi.
Ia akan menjadi sedikit pekat.
Sekarang, masukkan pula ubi kentang, karot, cendawan dan tomato juga daun thyme.
Kacau lagi. Masukkan garam secukup rasa.

Tutup api. Ambil 3 sudu fresh krim tadi dan gaulkan sebati.
Sekiranya nak letak mustard bolehlah di masukkan sekarang.

Biarkan filling di sebelah.
Keluarkan doh dr peti sejuk. Doh akan jadi agak keras. Biarkan sehingga agak lembut.
Kemudian bolehlah dicanai mengikut acuan kita.
Canaikan sehingga agak nipis dan gunakan tangan utk menekan doh biar padat kebawah dan tepi acuan.
Jgn lupa guna garfu sambil mencucuk adunan doh lapisan bwh utk mencepatkan masak.
Bila dah isi inti/filling tadi, canaikan pula doh yang satu lagi.
kurang doh terpaksa pakai sisa doh yg dipotong
Sebelum meletak doh utk lapisan atas, griskan sikit telur merah ditepi-tepi acuan (sebagai gam utk lapisan atas doh).
Sekarang barulah kita letakkan doh utk lapisan atas. Tentukan doh ini bertemu dgn doh lapisan bawah.
Tekan perlahan-lahan biar padat.
Ikut seperti teknik lapisan bawah tadi iaitu cucuk dengan garpu pada lapisan atas pula. Jgn terlalu kuat.
Ambil telur merah tadi dan gunakan berus utk menggris bahagian atas doh pula.

Sambil kita menyediakan bahan-bahan tadi, jgn lupa pasang oven dalam 180C.
Biarkan oven panas, barulah dimasukkan pai kita tadi.
Masak utk lebih kurang 40 min.
Pai ayam dah siap untuk  di makan

sekeping pai dah cukup kenyang
Agak renyah nak sediakan pai ni, mungkin kita orang melayu selalu menggunakan dapur drp oven tapi sesekali bolehlah juga kita mengubah selera.

Rose
8th.Mar '13