Benda Yang Paling Penting Pada Hari Ini

Tau dak apa benda yang paling penting dalam hidup kita hari ni? Betul, handphone atau cellphone atau mobile phone. Apa pun sebutan yang kita guna, maknanya sama. Boleh kata hampir semua orang ada handphone.Ia dah menjadi keperluan harian bagi kita semua.

Cuma yang menjadi masaalah sekarang, ialah orang akan menilai jenis fon yang kita pakai. Tambah pulak kalau sipengguna fon tu kerjanya hebat sikit. Kesian Hamba Allah tu, dia pakai fon biasa sebab tak mahu membazir, tapi makhluk2 disekeliling dok mengata kat dia sebab pakai handphone yang tak seberapa.. Kadang2 tu kita tengok..katakanlah kita kat dalam restoran mana2, tiba2 fon bunyi kat sebelah. Tak banyak sikit,mesti kita nak jeling jugak tengok orang sebelah tu pakai jenis apa. Bayangkan kalau orang macam saya pakai fon yang dah outdated (dalam 3 tahun), pasti ada mulut-mulut yang tersenyum sinis melihat telepon zaman tok nadoq (loghat kedah).

Kadang2 tu terfikir jugak saya, kalau saya beli i-phone ke,BB ka, macamana nak guna pulak? Function belambak sampai tak tau nak guna..Fon yang sedia ada ni pun tak habis teroka lagi, ini pulak nak pakai jenis2 smart phone pula. Kata-lah tengah duduk kat tempat orang ramai, tiba2 fon berbunyi, nak tekan butang receive call pun tak tau,dok tercari2, tak ke sudah buat muka selamba ja, tak angkat. Konon2 tak mau angkat la,padahal tak tau nak tekan butang.

Ikutkan hati saya, saya tak suka  ada hand phone sebab tak ada privacy. Tapi disebabkan berurusan dengan orang, terpaksa jugalah saya menggunakannya. Bila dah ada, nak kena kepit dengan kita dua puluh empat jam. Macam tak boleh nak berenggang pulak. Sampaikan nak masuk bilik air pun jadi kelam kabut.

Orang yang cipta hand phone nipun memang pandai sungguh. Masuk dua atau tiga tahun penggunaannya, phone pun buat hal. Walau cermat mana pun kita jaga phone tu, ada ja yang tak boleh function. 

Saya tulis ni bukan nya apa, cuma terfikir dizaman sekarang apa-apa benda sekalipun yang kita buat, orang akan tetap menilai. Kita beli benda mahal dan elok, orang kata, kita pakai benda lama dan tak berapa nak elok, orang kata, kita tak buat apa pun orang kata. Tak percaya? Cuba kat sebelah rumah kita ada jiran yang jarang keluar rumah. Dia duduk dalam rumah buat kerja rumah dan kemas keliling rumah dia. Sikit sebanyak kita mesti juga nak kata, "dia ni apahal. Tak reti nak keluar rumah ka? Berdunia la sikit dengan orang."

Jadi moral of the story, kita tak payah nak hiburkan hati orang lain. Kita buat yang termampu dan kalau orang nak kata juga, biaq pi. Ingat, kita dapat pahala apabila orang mengata kat kita.

Wassalam.

Rose
30th.May 12