KHAS UNTUK RENUNGAN ORANG MELAYU

Assalamualaikum buat semua,


Ada sesiapa yang baca Mingguan Malaysia kemarin dak? Ada kolum Tun Mahathir tulis pasal orang Melayu. Sebelum saya ulas sedikit mengenai tulisan itu, saya ingin memohon maaf sekiranya sesiapa yang membaca tulisan saya tidak gemarkannya kerana perbezaan pandangan politik.

Saya menulis bukan berpandukan parti tetapi mengenai orang Melayu kita. Kalau sesiapa perasaan, banyak kali apabila Tun Mahathir bercakap pasal orang Melayu, dia akan hampir menitiskan air mata ataupun dengan lain perkataan, sebak. Saya sungguh2 dapat merasai apa yang beliau rasakan. Orang-orang Melayu kita dah macam tak ada hati nak jaga sesama bangsa. Kita semua sedia maklum dan tahu yang orang Melayu kita memang agak slow dalam apa jua perkara, baik dalam pelajaran, pemikiran mau pun melakukan sesuatu (termasuk saya). Ini mungkin dah ada dalam gene (darah daging) kita. Kita agak kebelakang dalam segala hal. Tapi jangan disebabkan perkara-perkara ni, orang-orang Melayu lain iaitu yang bijak pandai dan yang dah berjaya dalam hidup memaling muka atau menutup telinga daripada orang orang Melayu kelas bawahan ini.

Inilah masanya mereka bersama-sama berganding bahu membantu meningkatkan cara pemikiran dan minda orang Melayu setaraf dengan bangsa lain terutamanya bangsa Cina.
Kalau kita kupas sedikit tata cara kerja orang Cina dibandingkan Melayu , kita akan nampak dengan jelas betapa cergasnya mereka menjalankan tugas mereka. Kita ambik satu contoh, katakanlah kita ke kedai Cina nak repair kereta rosak. Dia tengok-tengok kereta kita lepas tu dia cakap timing belt dah nak putus. Lepas tu pulak dia cek dalam kedai dia, timing belt tak dak, stok habis. Dia tak kata kat kita, timing belt habis, you pi cari kedai lain. Dia akan kata tunggu sat, saya punya kawan sekarang on the way mai sini bawa timing belt. You tunggu sat, boleh ka. Itu cara orang Cina. Kalau kejadian sama berlaku dikedai Melayu, dia akan kata ehmm, timing belt tak dak stok. Kalau nak, esok mai lain sebab hari ni tak sempat nak order.
  Di sini kita boleh nampak yang tauke Cina itu tadi akan berusaha untuk melayan kita walaupun dia tak dapat untung banyak (sebab dia order timing belt tu pun dari kedai woksyop yang lain, dah tentu-tentu harga tak banyak lari). Dia nak lain kali kita akan datang cari dia lagi.
  Kedai Melayu tadi hanya memikirkan untung di depan mata, dia malas nak usaha telefon kawan suruh bawa timing belt itu sebab untungnya tak seberapa. Dia lupa kalau dia berusaha lebih sikit, walaupun harga dia mahal sikit, kita akan datang balik ke kedai dia sebab apa? sebab kita nak tolong dia, sesama melayu.
  Dalam kehidupan seharian kita pun, kita boleh nampak, jarang ada orang Cina yang masuk kedai Melayu nak beli barang. Sebab apa, sebab dia orang selalu tolong bangsa dia sendiri. Masuk kedai makan adalah! Apabila saya menulis begini, bukan bermakna saya racist atau bersifat perkauman. Ini adalah fakta.
  Sebab tu kita boleh nampak dengan terang dan jelas, kalau ada dua kedai sebelah menyebelah yang menjual barangan atau alatan yang sama, kedai Cina itu sendiri nampak lebih ceria. Selain dari modal yang boleh kita debatkan, perkara paling penting adalah manis mulut dan sentiasa sabar melayan pelanggan. Itu yang orang kita kurang.

Berbalik kepada apa yang Tun cakap, orang melayu kita dah lupa diri. Kita terlalu lupa diri. Sekarang zaman kebendaan. Semua orang punya satu matlamat, nak kejar kekayaan. Yang lain tak payah ambik tau. Kita lupa, kekayaan yang kita cari tu hanya cukup mungkin untuk kita dan anak kita. Macam mana pulak dengan cucu cicit kita? Kita tak kesian ke dengan mereka apabila satu hari nanti, di zaman akan datang, bila bangun tidur, tengok keliling hanya gereja dan kuil-kuil yang berdiri megah disekeliling taman yang mereka huni. Nak cari masjid kena pergi ke kawasan lain pulak. Banggakah kita apabila anak cucu kita nanti terpaksa bekerja dengan bangsa lain di sebabkan ketamakan orang Melayu sekarang? Bolehkah cucu cicit kita mendapat pekerjaan yang elok atau mampukah mereka memiliki kediaman sendiri ?

Tidakkah kita merasa sedih apabila pada satu hari nanti negara kita di pimpin oleh bangsa lain? Buat masa sekarang satu-satunya maruah orang Melayu yang ada, adalah memimpin negara ini kerana kalau dari segi ekonomi kita memang dah "out". Kalau dari segi kekayaan juga, kita masih di belakang. Jadi kalau kepimpinan negara pun orang lain yang jaga, apa lagi yang ada pada orang melayu. Buruk baik kepimpinan sekarang, sekurang-kurangnya negara aman, makanan mencukupi malah berlebih-lebihan pulak, rawatan hospital boleh dikatakan free, belanja persekolahan hampir free. Apalagi yang kita nak?

Kita harus ada sifat positif didalam diri seperti yang selalu di war warkan. Kalau semua benda kita tak puas hati, nanti stress dan cepat dapat sakit. Bercakap pasal tak puas hati ni, semua hal kita tak puas hati. Kita mulakan dengan rupa bentuk diri kita. Kita tak puas hati. Kita tak suka kulit kita gelap sikit. Lepas tu kita tak puas hati dengan mak bapa sebab tak belikan kita I Pad. Kita tak puas hati dengan Tuhan sebab tak perkenan doa yang kita minta. Dari sini kita boleh tengok, kalau orang yang terdekat dengan kita pun, kita tak puas hati, inikan pula kerajaan. Jadi bila dah tak puas hati, segala-gala yang kerajaan buat tak betul. Kerajaan rasuah lah, kerajaan tak jaga kepentingan rakyat lah dan macam macam lagi. Kerajaan mana pun yang ambik alih akan melalui perkara yang sama. Tak akan dapat memuaskan hati kita semua. Jadi sepatutnya kita sujud syukur ke hadrat Allah Subhanahuwata'ala sebab bagi kita negara yang tak ada gempa bumi, ribut taufan yang tak henti-henti, atau kemarau yang teruk sampai tak ada makanan. Sebab itulah, semua ni kita harus berbalik kepada agama. Syukur dengan yang kita ada.

Bayangkan pada satu hari nanti, negara kita dilanda peperangan, tak kiralah apa jua peperangan. Kita terpaksa jadi pelarian. Kemana kah akan kita tuju? Indonesia? Rasanya orang Indonesia akan tunggu depan setiap ceruk rantau untuk mengganyang kita. Singapura? Ehmm.. fikirkan sendiri.. Jadi kemana harus kita pergi. Saya bukan orang politik tapi saya rakyat Malaysia. Saya sayangkan negara saya. Walaupun saya tidak mempunyai harta yang banyak tetapi jiwa saya tinggi untuk memartabatkan bangsa saya walaupun saya masih belum tahu bagaimana caranya,mungkin melalui penulisan ini.

Inilah satu satunya negara tanah tumpah darah kita. Baik buruk negara ini ada di dalam tangan kita.
Janganlah kita mengutamakan diri sendiri hingga terlupa untuk menjaga dan berjasa kepada negara ini bukan untuk kita saja kerana hayat kita pun tak akan lama lagi. Ini adalah untuk anak -anak dan cucu2 kita di masa depan. Kita harus kasihan mereka kerana kita memang sudah maklum yang orang melayu kita slow dan lambat belajar, jadi eloklah kita persiapkan diri menjadi bangsa yang boleh cucu cicit kita banggakan bukannya mereka memaki hamun kita di atas tanah kubur kita kerana kita hanya meninggalkan nama negara Melayu tapi cucu cicit kita hanya dapat mendengar nama negara mereka sebagai Bekas Tanah Melayu.
Sangat menyedihkan.

Marilah sama-sama kita bersatu hati menjadi Melayu yang lebih intelektual dan masih berteraskan Islam kerana setinggi manapun kita berada, agamalah yang akan menjaga tingkah laku dan budi pekerti kita. Tanpanya kita akan terpesong jauh.

Sekian. Wassalam
Rose
24th.Sept '12

CARA MENGENALI SESEORANG DAN DERIA KEENAM


                               

Selamat petang dan salam buat semua., blog bahasa Inggeris saya tulis pada sebelah pagi tapi blog bahasa pulak baru sekarang ni, pukul 4:12ptg.
Jadi dalam blog ni saya kena tulis start dari seorang lelaki kurang upaya (down syndrome) yang selalu ada di salah satu mall di Langkawi ni.. Bila nak berjalan masuk kedalam mall ni saja, kita boleh nampak dia berdiri kat depan. Umur dia mungkin dalam pertengahan 20-an kot. Mula-mula saya rasa kasihan dengan dia. Dia kadang-kadang akan minta sedikit duit untk membeli rokok ataupun air.
Satu hari tu, saya nampak dia kencing betul-betul kat depan tiang mall tersebut. Saya tersenyum sendirian tetapi Sara tidak berfikir begitu. Apabila pulang, saya ceritakan perihal budak tadi kepada Pian, ingatkan dia akan buat tak tahu ja, tapi dia ingatkan saya, katanya, ma, dia tu sex maniac.. Hah? sex maniac? Macam mana pulak tu. Budak tu nak berfikir sendiri pun tak berapa boleh, lagipun orang lalu lalang kat situ setiap hari. Dia kata ma kena hati-hati sebab kadang-kadang dia nampak orang perempuan, dia akan buka zip seluar dia. Saya terdiam sekejap. Rupanya tak kira siapapun, semua orang masih punya perasaan.

Itulah yang dikatakan, wajah tidak mencerminkan keperibadian seseorang, tetapi kadang-kadang kita dapat menilai seseorang itu melalui wajah atau gerak geri mereka.

Dibawah saya berikan sedikit tips:

i) Lihat cara seseorang itu berjalan. Sekiranya, tumitnya tidak betul-betul sampai kelantai atau sebutan lainnya jalan lompat gagak, orang itu tidak sangat boleh dipercayai. (Ini pesanan dari arwah bapa saya) Tapi saya tak tahu sangat maksud jalan macam tu. Lagipun semua kawan saya jalan elok ja..

ii) Seseorang yang suka bercakap tapi tak gemar mendengar orang lain bercakap, orang macam ni suka ambik kesempatan. Tambah-tambah lagi kalau dia dah kenal dengan kita.

iii) Orang yang apabila bercakap dengan kita, tapi dia memandang dengan ekor mata bukan pandangan terus atau direct. Bos Jepun saya dulu macam ni. Kita ingatkan dia baik rupa-rupanya buat kita sakit jiwa lagi ada la.
iv) Seorang yang mempunyai garisan mata (hujung ekor mata sebelah bawah) yang agak lebar. Kalau tak berapa dapat apa yang saya katakan ni, tengok gambar kat tulisan bahasa Inggeris saya di bawah.

Ada banyak lagi ciri-ciri seseorang yang dapat kita cungkil dari wajahnya tapi saya rasa tak elok untuk dipaparkan kerana ia mungkin tidak disenangi oleh kebanyakan orang.
Benda-benda ni saya pelajari melalui pengalaman, pengamatan sekeliling dan juga dari pesanan orang tua. Cara seseorang itu berjalan, lenggok bahasa badan malah wajah seseorang itu sendiri memberi jawapan kepada diri orang itu.

Seperti juga deria ke-enam, setiap seorang daripada kita memiliknya. Bezanya, sesetengah daripada kita tidak peka terhadap deria ini.
Anda tentu pernah mempunyai perasaan yang tidak tenang atau dada berdebar-debar tak tentu pasal. Ini adalah deria keenam kita memberitahu kita akan sesuatu petanda. Baik petanda buruk maupun baik. Tetapi selalunya kita fikir sekejap,lepas tu, kita lupakannya. Petanda yang kita dapat ni, bukannya akan terjadi dalam masa terdekat.. kadang-kadang tu ambik masa yang agak lama juga baru jadi. Sesetengah orang kata ini kepercayaan karut, tapi bagi saya ini macam suatu petanda yang mana seeloknya kita buat solat dan minta dijauhkan benda-benda yang tak elok daripada menimpa kita atau keluarga kita.

Dibawah ni saya nak sharekan sikit petanda yang saya dapat, selalunya melalui mimpi.
i) Sebelum nenek saya meninggal, saya bermimpi berada dipuncak bukit , cantik sangat.Hijau nya dengan langit biru. Tiba-tiba ada dua ekor burung merpati terbang diatas kepala saya dan tiba-tiba juga, kedua-dua nya jatuh kedalam kedua belah tangan saya dan mati. Nenek saya meninggal hampir 3 bulan selepas mimpi itu.
ii) Sebelum bapa saya meninggal juga, saya mendapat alamat melalui mimpi iaitu saya melihat seolah-olah buih-buih jernih sedang disedut naik ke atas. Tiba-tiba saya terbangun terus terduduk diatas katil dengan mengucap Allahu Akbar. Selepas seminggu kemudian bapa saya meninggal
iii) Dalam tahun 2004 macam tu, saya bermimpi seorang lelaki dengan wajah yang amat menyeramkan berdiri didepan rumah sambil memandang kedalam rumah. Saya terbangun dengan jantung bergerak laju. Selepas seketika, saya tidur semula. Kali ni, saya dan suami terbangun apabila terdengar bunyi yang kuat dibelakang rumah. Suami bangun membuka lampu belakang. Selepas di tinjau, kami perasan yang pagar dawai diluar dah dipotong dan tingkap dapur cuba di umpil menyebabkan bunyi yang kuat tadi.Perasaan takut tak dapat digambarkan. Bagaimanapun, saya bersyukur, kami semua selamat.

Jadi, pesan saya, lain kali kalau rasa tak tenang, atau mendapat mimpi yang kurang elok atau hati teragak-agak untuk melakukan sesuatu, ikut gerak hati kita. Kalau kita rasa jangan buat, maka eloklah jangan diteruskan dengan apa yang ingin kita lakukan itu. Memang lah selalu mimpi dikaitkan dengan mainan tidur, tapi ada kalanya mimpi juga boleh dijadikan petunjuk bagi kita.

Sekian. Salam dari saya buat kali ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------
                                   
                                                    A WAY OF KNOWING A PERSON AND OUR SIX SENSE

Good morning everyone! Rise and shine... It's 07:19am at the time I am writing. Feeling down last night. Don't know why. Today, I feel like going out and window shop all the malls on this island...chuckle.. how big do you think this island is? There're only 2 malls, if it can be called a mall. Well..better than nothing.

I set out later in the day, after lunch to be exact and head to the one near the pier. I went there every other week to buy groceries,toiletries and other necessities. I didn't bring much cash since it's just gonna be window shopping..(can I really do that?)

As I was walking the entrance, I saw this little person, a male, age maybe in his mid twenties. He's like a mascot there, always there rain or shine. He's down syndrome. I felt sorry for him at first. He will usually ask for a small change from the passing people to buy his cigarette.
There is one day when I saw him taking a pee right in front of the mall's pillar. I find it amusing but Sara thought otherwise. I told Soffian about it and he too didn't think it funny. He told me to be careful as, quote " That guy is a sex maniac" unquote. The way he said sex maniac made me wanted to laugh again but he looked serious. I was thinking to myself how can he be a sex maniac when i) he was always being surrounded by people coming to the mall and ii) he's not a normal person like us. According to Pian, he would walk up to some girls and started to unzip his pants. Okay..that got me quiet for a while. The man got his needs too.

Looks can be deceiving. So the saying goes. But looks too can be significant to our benefits. You can judge a person by his/her looks, not always, but eighty percent of it is reliable. Here are some tips that may help you:
1) The walk : Watch the way a person walks. If he/she walks like he/she is tiptoeing or walking with their heels not really touching the ground, he/she is not a trust-worthy type. (according to my late dad)
2)  A person who talks a lot but never really bother to listen is the kind who likes to take advantage of others. They will usually use their words to manipulate people into doing what they want us to do.(especially when they know us quite well)
3) A person who is talking to us but looking at us side-ways not direct contact. Not to be trusted.
4) A person with wide or thick lid at the lower corner of the eyes. (pic below..baby's innocent though)


                                           HERE









There are a few more traits that one can detect from a person's face of which I would rather not go into it too deeply as it can cause uneasiness towards certain people. This is not 100% reliable. Sometimes there are those with these traits but they can be one of the best people we knew.

I am neither a shrink nor a psychologist but these I got  through years of  observations and experiences while dealing with people. The way people talk, their body language and especially their faces. A face can tell us a thousand things.
Just like six sense. Actually each and everyone of us has it within but we kind of shrugged it off. Have you ever felt uneasy about something? And leave it be because you thought nothing of it? That is one of our six senses telling us there is bad omen looming in from somewhere. This premonition doesn't happen within days (from the day we had that uneasiness feeling). Sometimes it happened only after a couple of months. That is why we usually ignore this feeling. Some people may call it superstitious, but I believe this isn't superstitious, this is premonition.

I wish to share a few of my premonitions with you. I usually got these through dreams.
i) A few months prior to the death of my grandma, I dreamt I was on top of the hill with breathtaking view. Suddenly a pair of white doves flew over my head and fell into both of my hands, dead. I didn't know what to make of it then.
ii) I had a weird dream somewhere in 2004 that someone was standing right in front of our house and staring right inside. He's got the scariest face ever. He looked so menacing that I sat straight and awake. After a while I went back to sleep. At about 3.30am, we heard something loud from behind the house. My husband went to the kitchen and switched on the outside light to check what was going on. Then we saw that the fence was cut open and that the burglar had tried to prise open the kitchen window. It was one of the scariest day of my life. Thank God we were awake at the right time.

I had many  more of such premonitions that sometimes I tend to ignore it because it scares the wit out of me.
So the next time, you feel something is not right or you have that indescribable bad vibes within you, do not just ignore. Be more cautious or be alert. Who knows.. it might just save us from the unwanted incident.

Have a good day or evening whever you are. I am penning off for now.

Rose
22nd.Sept '12



JANJI TEMAN BAIK KITA

Hello again ,
Blessed to Him for this cooling weather today. It has been raining since 1pm just now. It is 6 now and still raining. I love this kind of weather but at the same time it tends to bring us down and feeling a bit nostalgic. Just like The Carpenters' song, Rainy Days and Mondays (always gets me down).

Then I started thinking, at this time and hour, it would be great if we could go out and hang out with old friends or our best friends sipping tea, relaxing body and mind. Hang on! To begin with,do I have best friend(s) that I can ask out?
I have lots of friends but whom can I call my best friends?  Whenever I found someone that I thought could be my best friend/close friend, it turned out differently. It makes me feel like an idiot when the person you thought was your best friend and had announced to others(that she was your dear friend), treated the friendship lightly. Friendship is something that we should all treasure as we cannot find it in any grocery store or by paying someone to be our friend.

To me, friendship is :
i) Come rain or shine, sickness or well, we share together
ii) Be a shoulder to cry on, no matter what.
iii) Helping one another in time of needs
iv) Say hello every now and then
v) Accepting criticism with open heart (vice versa)
vi)  Do not think bad of your friends

That is what we called true friends. I agree with what people say, it is hard to find a friend in today's world. I would say that what we have now are superficial friends or acquaintances. Not true friend. What a shame.
I came across a true story in a newspaper some time ago, there was this woman who nearly got run down by a car. Her friend who was by the roadside saw her about to be hit, she ran to the middle of the road and body shield her friend fearlessly. Now that's true friend. But we don't expect any one of our friends to be heroic, enough by being there for us lending their ears.

You may be asking why am I writing this sort of article/blog. No..no..no..nobody had framed me or betrayed me or things like that. Just that, the friends that I know mostly didn't seem to keep their promises. Out of ten, maybe only two will keep their promise.
 I am not asking for paid holidays or to buy me lunch or to lend me money or anything materialistic, I am asking them to honour their words when they promised to do something. Otherwise don't.
They broke promises that was so easy to keep such as an appointment to meet up somewhere. when the time came, not even their shadows was there. Promise to come for lunch or dinner at home, again, never showed up. For what reason, again, I don't have a clue. Text me, FB me or whatever modern gadget that you can lay your fingers on, communicate with me. These petty, petty things make me lose my respect towards them as I usually honour my words. Sometimes when I can't, I felt so embarassed that I can't even bring my eyes to meet the person.

Writing about this remind me of a German friend years ago when she worked with me at one place.Her name was Benigna Pfliger She got a three weeks holiday from our working place and she was going home to her family in Germany. She asked me ,"Rose, do you want to have something from my country?. I said I don't know what I want as I am not familiar with Germany. She said, they got good handbags there. She will get me one.
She came back to work after her holiday and looked for me immediately. She apologised profusedly for forgetting to bring the handbag with her. She had already bought it but had left it at her parents home. I said it doesn't matter, she can do so the next time around (if she wants to). I was caught by surprised when (I think) about a week later, she came and hand over to me the handbag that she promised to give me. What a thought. I treasured the bag not because of the value but her thoughtfulness and the way she kept her promise.
That is about keeping the words. Another thing is having bad thoughts about your friend. How could we have that kind of attitude towards our friend. We should always think positive about them knowing that they had always been there for us all these time. Suddenly, one fine day, a third person came and bad mouth our friend and swoosh.. we swallowed that person's word whole heartedly without giving a second thought if that person is trust-worthy enough for us to believe. The least we can do is to walk away rather then listening to whatever garbage she was selling.

I understand everybody is busy at their work place, trying to keep up with the date line, sometimes doesn't even have enough time to grab a bite.
But we must remember, each and every one of us grows old. Soon, we will be a retiree, later on, the children will be leaving us. By then, we will be losing touch one by one with our working colleague. End up, we'll be alone at home not knowing what to do with all the time in hands that we had.

Thus, the best thing to do is, keep your friends close as you wouldn't know when you might need them when you hit rock bottom as families might just be too far away from us when we need them immediately.

Okay, got to pen off now. Get ready for dinner!!

Rose
10th.Sept '12
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Salam buat semua,

                                             JANJI TEMAN BAIK KITA 

Alhamdullilah, cuaca kat luar sana hari ni agak mendung dengan hujan yang turun dari pukul 1 tengahari tadi sehingga sekarang (dah pukul 4.45ptg) menyejukkan suasana. Saya paling suka cuaca sebegini tapi pada masa yang sama cuaca begini selalunya membuatkan kita rasa sayu, sedih dan macam-macam lagi perasaan yang datang.

Keadaan sebegini membuatkan saya terfikir, time macam ni, kalau keluar dengan teman baik pergi minum teh kat mana-mana, rehatkan badan dan minda, alangkah indahnya.. Lalu saya terfikir.. saya ni ada teman baik/rapat ke? Saya ni sebetulnya kemaruk kawan.( kemaruk tu maknanya nakkan sesuatu sangat-sangat)  Setiap kali saya berkawan dengan sesiapa saja, apabila dah rasa ngam sikit, saya akan regard orang tu  sebagai kawan baik saya.Yang sedihnya setiap kali itu juga, saya rasa seperti orang bodoh apabila teman-teman yang saya anggap teman baik itu tadi, seolah-olah tidak menghargai persahabatan yang telah lama dijalin.

Bagi saya, erti persahabatan itu adalah
1) Susah senang, sakit demam kita kongsi bersama
2) Menjadi tempat kita mengadu hal tak kiralah kisah suka duka kita ka, kisah kegembiraan kita ka atau apa-apa saja
3) saling tolong menolong apabila diperlukan (bukan minta pinjam duit)
4) bertanya khabar sekali sekala
5) Bersikap terbuka apabila ditegur dan sebaliknya
6) Jangan berprasangka buruk terhadap teman anda( atau sesiapa saja)

Itu yang dinamakan teman sejati. Tapi betul lah seperti yang dikata, zaman sekarang amat susah untuk kita mencari kawan apatah lagi mencari teman rapat. Saya pernah terbaca dalam suratkhabar beberapa ketika dulu, seorang wanita hampir dilanggar oleh kereta, teman baiknya yang berdiri di tepi jalan berlari ketengah untuk melindungi temannya dari dilanggar. Baiknya hati dia. Kita bukanlah nak harap kawan yang macam tu, cuma jadi seperti diatas saja.

Mesti ramai tertanya-tanya kenapa saya tulis artikel yang macam ni. Bukannya dianiaya atau apa, tapi kebanyakkan sebab adalah janji tak ditepati. Saya ni jenis orang yang berpegang pada janji. Kalau ada 10 orang kawan, saya rasa lapan darinya selalu tak tepati janji, bukannya janji nak minta dia orang belanja makan ka, bawa pergi holiday ka, nak minta pinjam duit ka, nak minta pinjam kereta ka..tak..tak..semua tu tak perlu. Ini janji biasa. Janji kata nak jumpa kat mana-mana tapi tak jadi (kalau call balik bagi tau saya tak kisah, ini langsung tak reti nak text message) janji nak mai makan kat rumah tapi batang hidung pun tak nampak.Janji nak tolong kita dalam satu-satu hal, tengok-tengok tak dak apa. Kita terpinga-pinga dok tunggu janji dia, tapi dia langsung tak call. Perkara kecil macam ni yang membuatkan saya hilang rasa hormat terhadap seseorang itu.
Bila tulis begini, saya teringatkan seorang kawan biasa, orang German. Nama dia Benigna Pfliger. Saya rapat dengan dia sebab tolong ajarkan dia bahasa Inggeris dan juga cara hidup orang kita di sini. Apa yang membuatkan saya ingat pada dia ialah kerana, ada satu hari tu dia nak balik bercuti kekampong halaman dia, dia tanya saya, "Rose, what do you want from Germany?" Saya cakap saya tak tahu apa yang saya nak sebab tak berapa familiar dengan negara tu. Dia cakap, kat sana handbag dia cantik-cantik. Nanti dia belikan untuk saya. Lepas habis cuti dia, kalau tak silap dalam 3 minggu, dia datang balik sambung tugas. Tergesa-gesa dia mencari saya. Bila dah jumpa, dia punya minta maaf non-stop sebab handbag yang dia janji nak beli bagi saya tu, memang dah beli, tapi tertinggal dirumah mak-bapak dia. Saya cakap tak palah. Lain kali bila awak balik kesana lagi, awak boleh beli lain bagi saya. Saya fikirkan habis disitu saja, rupa-rupanya, dia call kat mak dia suruh hantar jugak-jugak handbag tu bagi saya. Tak lama lepas tu saya terima. Saya treasure beg tu sangat-sangat bukan sebab nilai dia tapi sebab dia bersusah payah meminta emaknya mengirim kepada saya. Nilai murni ni yang selalu ditekan dalam agama kita iaitu berpegang pada janji. Kalau rasa tak boleh nak tepati, jangan buat janji. Orang pun tak marah.

Itu jenis yang suka janji tapi tak tau nak tepat janji. Lagi satu pulak yang suka ada prasangka buruk terhadap kawan baik sendiri. Kalau ada orang ketiga cerita buruk pasal teman baik dia, bukannya dia nak tolong cover kawan tu, siap menambah lagi ada, pulak tu percaya bulat-bulat apa yang sipembawa mulut tu sampaikan. Tak baik macam tu.. kalau dah nama teman yang selalu bersama kita, sekurang-kurangnya bela lah sikit dia. Takut nak bersuara, minta izin kita angkat kaki. Kita kurangkan satu dosa mendengar fitnah orang. Habis cerita.

Saya faham, semua orang sibuk dengan tugas masing-masing. Nak kejar dateline, busy sampai tak sempat makan dan macam-macam lagi. Tapi kita juga perlu ingat, kita semakin meningkat tua, sikit hari lagi kita akan pencen. Bila dah pencen, kita akan kehilangan kawan sepejabat satu persatu. Masa tu, tak kan ada kawan lama lagi yang tinggal. Kita sendirian dirumah. Apa kita nak buat? Anak-anak pun dah dewasa, dah bawa haluan masing-masing. Suami kat kedai kopi. Takkan sepanjang hari kita nak baca paper atau menonton TV.
Lagi satu, apabila kita dah pencen, kita akan terasa amat keseorangan. Rasa tak tentu arah sebab terlalu banyak masa terluang. Ini boleh membawa kita kearah kemurungan ataupun dikenali sebagai depression. Saya tujukan peringatan kita kepada teman-teman yang sebaya atau hampir sebaya dengan saya sebab dalam tak berapa tahun lagi sesetengah daripada kita akan pencen. Jadi kita harus bersiap diri dengan merancang apa nak dilakukan selepas bersara. Jangan duduk saja dirumah tanpa ada sesuatu untuk dilakukan. Carilah hobi atau buka bisnes kecil-kecilan untuk mengisi masa lapang kita.

Jadi seeloknya, kita hormatilah teman-teman yang kita ada sekarang sebab mereka pengganti saudara mara atau adik beradik yang tinggal jauh dari kita.
Bertanya khabarlah selalu walaupun melalui face book. Jangan kerana tugas, kita kehilangan teman-teman yang telah kita kenali bertahun tahun lamanya.

Saya mohon maaf sekiranya tulisan saya mengguris hati sesiapa saja tapi ini adalah dari pandangan saya sendiri, tiada niat untuk melukakan hati sesiapa.

Wassalam,

Rose
10th.Sept '11