Ramadhan Datang Lagi

                                        RAMADHAN DATANG LAGI


Assalamualaikum buat muslimin semua,

Alhamdulillah, bertemu juga kita dengan Ramadhan tahun ni. Seperti tahun-tahun yang lepas, alhamdulillah, kami sekeluarga (6 orang semuanya)  ada di rumah. Walaupun ada masanya anak-anak pergi bekerja diluar Langkawi atau ke luar negara buat seketika, tapi sekarang, hari ini semua berada dirumah. Di tambah pula pada saat saya menulis blog ini iaitu pagi Sabtu (hari pertama) berpuasa, kedua-dua anak lelaki cuti mingguan (off day), jadi petang ni waktu berbuka nanti, pasti meriah dengan gelagat dan riuh rendah suara mereka.

Malam tadi saya bersama anak gadis pergi menunaikan solat sunat Muakkad iaitu solat Tarawih. Suasana sebelum menyambut puasa adalah suatu suasana yang sungguh indah.Habis saja solat Maghrib, kami bersiap-siap untuk kemasjid. Anak lelaki saya dah bersuka rela nak hantar kami ke masjid. Sebelum ke luar rumah, dia melihat saya memakai jubah baru dan bertudung hitam. "Wah, mama pakai baju baru ni". Jawab saya pula,"Ya lah. ma nak pi jumpa Tuhan. Nak la juga nampak cantik. Pian jom la ikut sekali". Dia tersengih-sengih. Kalau macam tu memang tak pi la tu. Tapi saya tak nak memaksa. Kalau selalu kita ajak, kita usik sambil melawak dengan mereka ,insyaallah satu hari nanti akan terbuka juga hati mereka untuk ikut sekali. Saya pun bukanlah seorang yang tinggi ilmu agamanya. Saya pun masih merangkak mencari keredhaannya. Tapi saya cuba melakukannya dengan hati yang ikhlas. Moga-moga diterima ibadah saya ini..

Kami kemasjid agak awal, dalam pukul 8.30malam , kami keluar rumah, bukannya apa, tapi memandangkan malam pertama Tarawih, selalunya masjid sesak. Jadi bila dah awal tu, tak ada la nak kelam kabut. Mana nak cari tempat letak kasut lagi(takut hilang), nak cari tempat duduk dan juga kalau terjumpa kenalan nak juga ber hello-hello. Habis 'Isyak, berehat sekejap, lepas tu terus Tarawih. Suara Imam jelas sungguh. Sedap bacaan dia.Bacaan dia laju. Si Sophie, anak saya, merungut sikit, katanya imam baca laju sangat. Tapi bagi saya okay ja, janji jelas supaya senang kita nak ikut. Dia bermula dengan surah AL Baqarah. Kalau dapat ikut Tarawih ni sampai kepenghujung dapat juga khatam Quran dalam bulan ni,kan?

Apa yang membuat kita seolah-olah tidak sabar menanti tibanya bulan Ramadhan? Padahal kalau daripada pandangan orang bukan Islam, mereka mungkin akan mengatakan, "Eh, tak maulah saya puasa. Teruknya nak tunggu dari pagi sampai lewat petang." Tetapi itulah yang dikatakan iman. Kita dapat menunaikan tanggung-jawab kita sebagai seorang Muslim dengan selambanya. Memang la letih pada dua atau tiga hari pertama, tapi lepas tu dah macam tak puasa dah. Suasana bulan Ramadhan itu sendiri yang membuat kita tertunggu-tunggu setiap tahun.Dulu-dulu masa muda malas nak buat semua ni (pergi terawih), tapi bila dah masuk usia senja ni, baru rasa nikmat berpuasa. Jiwa rasa tenang, perasaan marah pun dah kurang, tapi yang paling best, dosa mengata kat orang dah kurang banyak..tau kenapa? Sebab saya sekarang dah tak kerja..duduk kat rumah saja. Saya pulak jarang keluar rumah bertandang kerumah jiran atau kawan. Kalau keluar pun dengan anak-anak. Jadi, macam saya tulis tadi lah..kurang sikit dosa mengumpat tu..Dan bila duduk dirumah tu.. rajin sikit la dari selalunya.. buat sikit sebanyak ibadah yang boleh dibuat, umpamanya membaca Quran. Bukannya lama pun. Saya selalu suka membaca selepas solat Subuh.. sejuk sikit,lagipun suasana di luar sunyi, aman dan tenang. Terapi untuk minda..wah, bunyi dah macam Dr Fadzilah Kamsah la pulak. Tak dapat banyak,sikit pun jadilah. Insyaallah, mungkin satu hari nanti saya akan dapat menjadi wanita yang solehah pulak. Doa-doakanlah untuk saya ya!

First day puasa ni,tentu ramai tengah memikirkan apalah nak dimasak hari ni. Apapun kita janganlah terlalu berlebih-lebihan pulak. Sayang makanan yang belambak tu kita buang..membazir sangat. Si Sophie nak makan asam pedas, abah dia pulak tak berapa nak suka asam pedas, jadi rasanya saya nak masak sikit gulai ikan kering, buat kerabu sikit, last goreng ikan atau ayam. Untuk dessert buat agar-agar santan. Kira okay la tu.Yang dua lelaki tu memang confirm puasa hari ni sebab cuti. Kadang-kadang tu ada jugak dia orang ponteng. Letih, busy sangat (time kerja), kata dia orang. Saya cuma boleh nasihatkan aja, nak garang-garang macam dia orang kecik2 dulu dah tak boleh lagi dah,ehh bukan tak boleh tapi tak manis sebab dah boleh jadi suami/bapa orang pun nak kena jerit lagi ke?  Yaya, si bongsu tu, makanan apa pun yang saya masak, sesedap mana pun makanan tu kalau tak ada ayam maka tak sahlah hidangan bagi dia. Even kalau saya buat koay tiew pun,(nak juga masukkan kerang atau udang) perencah utama tetap ayam. Haii..letih jugak dengan perangai anak-anak ni. Tapi itulah...macam yang selalu orang cakapkan, kalau tak ada anak-anak macam makanan tak bergaram.

Jadi, ini sajalah yang dapat saya fikirkan untuk blog kali ini. Sama-samalah kita menjalani ibadah puasa tahun ini dengan penuh kesyukuran dan moga-moga diberi keberkatan dan kesihatan yang baik sepanjang hayat..Insyaallah..

Rose
21hb July '12



Mengambil ringan sesuatu perkara

  
                                    MEREMEHKAN ATAU MENGAMBIL RINGAN SESUATU PERKARA

Pernah tak pada satu hari kita duduk dan fikirkan kenapa kita meremehkan sesuatu perkara yang seharusnya kita lakukan segera? Selalunya tidak. Kita tak pernah nak ambil pusing pun pasal benda sebegini sehinggalah kita kehilangan sesuatu atau se seorang.

Saya tinggal di pulau. Pada saya dan saya percaya ramai orang diluar sana pun bersetuju dengan saya yang Pulau Langkawi adalah salah satu dari pulau-pulau yang tercantik di dunia.
Cuba teka dah berapa saya pergi berkelah atau mandi-manda ataupun memancing? Rasanya untuk berenang sekali setahun dan untuk memancing empat bulan sekali. Mesti ramaiyang kata..ruginya. Dah duduk dekat pantai, tak reti nak pergi pulak.. 
Itulah yang saya katakan kita mengambil ringan sesuatu perkara.

Mari kita ambil contoh yang lain.Kita pernah rapat dengan seseorang. Disebabkan dia mungkin pernah menyakitkan hati anda, anda telah menjauhkan diri daripadanya. Bukannya tak ingat untuk berbaik semula, tetapi anda selalu mengambil sikap, "ahh,biarlah dulu". Sikap beginilah yang selalu merugikan kita. Satu hari, seorang rakan bersama (mutual friend) datang kerumah membawa berita yang tidak disangka. Rakan anda itu telah meninggal dunia. Terkedu dengan berita itu anda terduduk seketika. Masa tu baru anda terfikir, "Ya Allah, apa aku dah buat ni?" Kenapalah aku tidak melupakan saja perkara yang dah berlalu dan cuba berbaik dengannya? Yang menyedihkan lagi ialah, apabila anda pergi melawat jenazah dan bertemu dengan ibu bapanya. Mereka mengatakan yang mereka sangat gembira kerana akhirnya dapat bertemu dengan anda sebab anak mereka selalu menceritakan perkara yang baik-baik tentang anda. Sedihkan? Tapi itulah kita..

Hah, topik ni yang saya suka. Anak-anak. Dia orang tahu kita selalu ada dibelakang untuk membetulkan keadaan. Dia orang tahu kita selalu ada dikala mereka didalam kesusahan. Kita juga menjadi bank kesukaan mereka sebab dapat buat pinjaman dengan serta merta tanpa faedah. Kadang-kadang tak payah bayar balik pun.
Kita beri kemewahan yang melimpah yang membuatkan mereka alpa. Bahagian ni mak bapak salah juga. Terlalu memanjakan anak-anak. Tetapi anak-anak ni pun satu. Dah mak bapak tolong, jangan la ambil kesempatan sampai tak tahu nak berusaha sendiri. Janganla terlalu bergantung harap kepada ibubapa anda. Semua orang akan mati, termasuk mak bapak. Mereka bukan nya boleh menongkat langit. Anak-anak, cubalah menjadi dewasa. Ini untuk kebaikan sendiri. Jangan ambil kesempatan diatas kemurahan hati ibu bapa anda.

Kita diberi tugasan oleh bos ditempat kerja atau pun membuat thesis yang diberi oleh pensyarah di kolej. Benda tu perlu di hantar balik masa dua minggu. Perkara pertama yang datang dalam otak ialah, "lambat lagi. Biarlah dulu." Dua minggu dah tukar jadi seminggu. Itupun kita masih lagi melalaikannya. Bila dah dekat sangat hari baru kita jadi kelam kabut. Masa tu pandai pulak cari idea nak temberang kat bos atau pensyarah. Siapa yang susah? Kita juga. Kenapalah kita tak boleh buat aja bila disuruh, sikit-sikit pun tak apa. Lambat laun habis juga..

Kita tahu keadaan kereta kita macam mana. Walaupun dah pakai sepuluh tahun, kita masih sayang dan jaganya macam baby kita. Bila kita nampak lampu kuning kecik kat dashboard kereta tu menunjukkan minyak nak habis, kita fikir biarlah dulu, lampu ni pun bukan betul sangat. Kadang-kadang ada minyak pun keluar warning juga. Jadi kita terus memandu. Mana tau hari tu, lampu warning tu memang jalan betul. Tengah-tengah jalan kereta mati. Dengan segera kita bagi isyarat kiri dan pandu keluar perlahan-lahan.
Kereta tu memang dah betul-betul kehabisan minyak. Sekarang kita harus telefon seseorang untuk datang, bawa anda ke kedai minyak, cari botol kosong isi minyak, pandu balik ke kereta anda tadi dan isi semula minyak. Jadinya masa yang sepatutnya cuma 4 minit nak sampai kerumah dah tukar jadi 1 jam.
Pulak tu, siap maki hamun sorang diri sebab kehabisan minyak itu tadi. Nak salahkan siapa? Kita juga kan..

Jadi moral of the story, bila mana kita perlu berbuat sesuatu, eloklah dibuat dengan segera. Janganlah suka menangguh kerja sebab akibatnya akan menyakitkan hati atau menyesal yang teramat sangat. 

...............................................................................................................................................................
                                                  
                                                    TAKING THINGS FOR GRANTED


Have we ever took a moment to sit and think about the above topic? I am sure we don't. We don't usually give a thought about it until it's too late or until we've lost something or somebody.


I live in an island. To me it is one of the beautiful island in the whole world. We are surrounded by the sea and mountains and natures. Guess how many times did I go to the beach for swimming or picnicking? Maybe once in the whole year for swimming and three times for fishing ( that means i'd go fishing every 4 months once). I know what you guys out there would say. It's like "what? What a waste.." Yeah..yeah..I know. That 's why I said we're taking things for granted.

Let's take another instance. There' someone who was once close to you. You had purposely put a barrier or distanced yourself from him/her because you were hurt by something he or she had done. You thought of patching things up but always putting a hold to it. One find day, a mutual friend came by and deliver a news you least expect it. He/she died! You sat there thinking, oh no, what had I done? Why didn't I let go of the past and make it up when I still had the chance? To make matters worst,you paid a visit to his/her parents after the funeral and they told you how happy they were to finally getting to meet you as their demised son/daughter had talked nothing but the best of you. Sad ain't it but that's us..

Here comes my favorite part, kids. They know we are always around to make things right from wrong. They know we are that someone they can fall on to should they face some difficulties. We are their favorite bankers who'd never charged them interest and always there for an instant loan . Sometimes without having to pay back.
They had everything delivered to them in silver platter of which we were partly to be blamed. For giving in too much. But what about them? They were so used to having us as their solid rock to fall onto that they never thought that one day we will not be able to protect them or lend them money or give them hope when they hit rock bottom. Because everyone dies. What would happen to them then? Children, grow up! It' for your own good. Don't take us (your parents) for granted!

We were given an assignment by our head department or a thesis by our lecturer and needed to be hand over in two weeks. "Okay, i still got plenty of time." that's our first thought. Two weeks became 1 week. Still we thought I still got time. Why in the world didn't we just sit for a few hours and finish it up and not waiting for the deadline to appear? Suddenly two weeks became tommorrow. By now, we had to find some lame excuses to feed our boss or lecturer. Who make the life complicated? We do, we brought it upon ourselves. We shouldn't think that time will wait for us. It waits for nobody. 

We knew our car condition like the back of our hands. Even if its a 10 year old car, it is still our baby. Whenever you see that blinking yellow icon on your car dashboard, you knew matter-of-factly that your car needed gas to be filled. But once in a while you knew that, that blinking light can't be trusted too much and you ignore filling in the gas. Thought you could reach home safely. After all it's only a couple of kilometer away from where you are now. Well, What do we know. Suddenly your car gave a jerk. You had no choice but to signal out and exit the road fast as you can. Your car needed that gas badly. Instead of reaching home in a matter of 4 minutes, you now had to wait for someone to fetch you and get yourself to a gas station, buy a liter of gas and follow that someone back where your car was stranded and fill it in. All in all, it will take more than an hour.
And all the while you were cursing with the mouth of a truck-driver but again, who is to be blamed? Us, for taking things for granted.


Moral of the story, don't always dilly dally things that needed to be done. Show your love to your loved ones and find a space in your heart to forgive and forget the things people did that had hurt your feelings badly.

Rose
14th.July '12 

Perbezaan Antara Orang Barat Dan Kita

Apa khabar semua dan assalamualaikum,

Dah hampir seminggu tak tulis blog. Mencari-cari topik terbaik untuk ditulis. Sebenarnya ada banyak topik yang berlegar didalam kepala tetapi agak berat dan membosankan bagi anak-anak untuk membacanya.
Lalu saya terfkir tentang perangai orang kita dan kita bandingkan dengan perangai "mat salleh".

Selalu kita dengar, mat salleh ni membawa "budaya kuning" iaitu budaya yang negatif atau budaya buruk. Pada pandangan saya, ada banyak perkara baik yang boleh kita ambil dan buat sebagai teladan didalam hidup kita. Didalam cabang pekerjaan saya dulu, dah terlalu banyak jenis manusia yang pernah saya temui dan yang paling teruk bukanlah "mat salleh" ni, tetapi yang datang dari India dan juga orang Arab.Mungkin ramai yang tidak percaya apabila saya katakan orang Arab tetapi itulah realitinya. Mereka jenis yang kasar, tidak tahu menghormati masa dan senang mengeluarkan kata-kata yang kesat apabila marah. Sebab itulah, Allah menurunkan ramai nabi-nabi dibumi Arab.

Mai kita buat sikit perbandingan :
i) Buang sampah merata-rata. Kita tengok mat salleh bila dia makan ais-krim, kertas aiskrim yang kecik tu pun dia pegang atau masukkan dalam beg galas dia, sampai jumpa tong sampah baru dia buang.
   Bandingkan dengan orang kita, dia didalam kereta didepan, kita dalam kereta belakang. Sekali, tengok-tengok plastik teh O ais terlekat dicermin kereta kita siap bersembur dengan teh O ais tu tadi. Sakit hati tu satu hal, tak beradab satu hal. Pulak tu, boleh pulak jeling tengok dalam cermin pandang belakang,agaknya nak tengok reaksi kita! Dah menjadi kebiasaan, kita suka membuang sampah merata-rata tempat.

ii) Mat salleh ni selalunya suka membaca. Ada jugak yang tak suka tapi lebih ramai yang gemar membaca. Sesiapa yang terlibat dalam servis pelancongan ni tentu bersetuju dengan saya. Bila mereka berjemur dipantai, tetap ada sebuah buku ditangan, dia orang pergi makan, sementara menunggu makanan sampai, dia orang baca,sebelum tidor, dia orang baca. (untuk anak-anak pun dia orang tolong baca) Jadi dengan sendirinya anak-anak itu akan suka membaca sebab dah terbiasa dengan cara ini.
 Sama seperti kita, bila nak tidor kita ajar anak baca Bismillah dan doa tidor. Jadi sampai besar pun anak-anak akan buat benda ini. Jadi apa salahnya kita tambahkan sikit selepas doa kita baca buku sebelum anak-anak tidor jadi bila besar mereka dengan sendirinya mengamalkan amalan ini. Ini tidak, kita mak bapak pun suka melepak rumah jiran bersembang berjam-jam, kalau tak pun pergi shopping mall jalan-jalan cuci mata, macamana anak-anak nak dapat sifat suka membaca ni.

iii) Makan terutamanya ditempat yang menyediakan buffet. Orang barat kalau makan dia orang akan mengambil apa yang di ingini dulu, dah habis nanti baru dia ambil lagi. Jadi makanan tak membazir.
Berbanding dengan orang kita.Kadang-kadang saya malu juga bila tengok sikap orang kita, bila saya kata orang kita, maksud saya bukan saja orang melayu tetapi juga orang Cina dan India sebab kita Malaysian. Buffet tu makanan nya berbagai-bagai dan banyak. Hotel atau restoran memang dah boleh agak berapa ramai orang yang akan makan ditempat mereka dan chef mereka juga memang berada ditepi dapur siap sedia untuk masak sekiranya makanan habis. Tetapi mengapa bila ambik makanan,  semua makanan nak dibubuh sampai penuh pinggan termasuk dengan pencuci mulut sekali? Sepatutnya, cara yang lebih sopan, kita ambil sikit dulu apa yang kita betul-betul suka. Bila dah habis baru bangun lagi sekali dan ambil lagi. Suka hati kita nak bangun berapa kali pun sebab kita dah bayar dengan harga yang mahal untuk buffet tadi.

 iv) Sikap yang paling saya suka tentang orang barat ialah, dia orang tak ambik pot pasal orang lain. Contohnya saya tinggal disebelah rumah "mat salleh" ni dan bekerja tak tentu masa. Si mat salleh ni tak kisah pun nak tanya kenapa awak selalu keluar rumah tak kira masa. Mereka akan tetap menegur kita dengan dua tiga ayat sahaja seperti good morning ke how are you ke. Itu sudah cukup untuk menceriakan hari kita.
Dibandingkan dengan orang kita, kita amat senang untuk membuka mulut dan bercerita perkara buruk tentang jiran dan kawan kita. Memang sedap bila mengata tu, tapi kalau kita sendiri diumpat dan kita terdengar orang bercakap perihal kita, boleh berperang jadinya. Tapi bila kita mengata orang, kita tak ingat apa perasaan orang itu kalau dia mendengar. Jadi sama-samalah kita renungkan.

v) Kalau berjanji dengan mat salleh, tak payah risau. Janji pukul 10pagi, pukul 9.50 dah terpacak menunggu. Jadi kerja kita akan berjalan dengan lancar sebab time tak lari, ikut time seperti yang dah diatur. Kalau ada mat salleh yang tak tepat janji, yang itu mungkin dah lama tinggal kat Malaysia, kalau tak pun dia orang pernah tinggal di India atau Arab. Ooi, masaalah dan menyakitkan jiwa bila orang tak reti nak ikut time ni.
Banyak kali bila saya berjanji dengan orang-orang kita, dah la tak tau nak datang ontime, separuh tu pulak langsung tak nampak batang hidung, pulak tu tak telefon ke sms ke bagi tau tak boleh datang.. Masya Allah..kenapa sampai macam ni sekali tabiat orang kita. Belajarlah menghormati masa. Kalau cakap pasal agama, bukan main berapi lagi hujah dia tapi benda yang senang macam ni pun tak tau nak jaga macam mana nak berdakwah kat orang lain.

Jadi,itulah sedikit sebanyak yang ingin saya kongsi bersama semua diluar sana. Mana yang elok kita ambil buat pedoman. Perangai dia orang yang tak elok tak payahlah kita ikut. Barulah kita boleh menjadi insan yang berhemah tinggi, hebat dan berbudi bahasa.

Sekian buat hari ini
Rose
14th.July '12

   THE DIFFERENCE BETWEEN US,MALAYSIANS AND WESTERNERS/EUROPEANS

Hello everyone!
It's been nearly a week since I last update my blog. Searching for the best topic to write. Actually I had quite a few in mind but had to find the most readable before writing and then publishing it.
Finally, I settled to writing about the behaviour of the Europeans or the Westerners.
Before I write, please excuse my grammar and spelling, especially spelling because I tend to write using British spelling instead of American spelling as that was what we learnt in school years ago.

Many a time we heard and being told that the Europeans only bring bad influence or "yellow culture" literally translated from Malay. To my opinion,there are a lot of good influence that can be taken and blend in into our society. I used to work in service industry years ago and through my experience, I've met various type of people from all over the world and I can vouch that the worst behaviour doesn't come from either Europe or America. Sorry to say, but they come from India and Middle East. Maybe it's hard to accept for us being Muslim,but it's the truth. The Arabs are rough both in words and in character, that is
 why God sent most prophets in Arab countries .... The Indians like to twist their words and had never been good in punctuality.I am not being racist. I am merely stating the facts.


Let's do a little comparison :
i) Littering: For an instance, a European would keep the ice-cream wrapper with him/her until they find the rubbish bin before they throw it off. Compare to us. There's a car in front of us and we're tailing behind. Suddenly some of iced lemon tea in it's plastic container were splashed right at our windscreen. It's because they throw it out from their moving car and to make matters worst, the driver is glancing from his rear mirror to see our reaction. What an idiot! As if we would be laughing with joy at such an annoying gesture.  
So, that is us, littering anywhere we feel like it.


ii) Europeans like reading. There are some who are just not into reading but many do. Whoever had at one time or another been involved in service industry would agree with me. Take it when they were at the beach? There would be a book with them to read while sun-bathing, when they were waiting for their meals, there would be a book in their hands and they would read for their children before sleep. Thus, the children would take up this habit and do their own reading once they grow up.
Just like us, we teach our children to say a little prayer to Allah and some "doa", why don't we slip in a little reading for our children so that they too would regard books as something they would treasure and appreciate once they grow up. What we do today, is we bad-mouthed our neighbors, we gossiped for hours and we window shopping aimlessly every now and then. What do we get in return? Nothing!


iii) Buffet meals : This is another thing we should take a minute to look and learn how the Westerners behave themselves when approaching buffet table. Again not all of them are well-behaved but majority does. They would only place a few items  in their plates, bring it to the table and savour it. After finishing it then only will they get up and get some other dishes that caught their eyes. That way, they don't waste the food unnecessarily.
We,Malaysians are the opposite. Sometimes it is kind of embarrassing to see our people behaving this way. When I say our people,it doesn't necessarily mean only the Malays, Chinese and Indians too as we are all Malaysians and most of us behaving that way. We would place our plates full of everything. Appetizers, main course even the desserts were all dump into a plate. Buffet means a counter or long table serving a variety of foods usually in hotels or restaurants. This also means that the hotel or restaurant knows how many customers to expect and even if the food were cleaned up earlier, they have their chefs by the stove ready to batter up another serving. 
I've worked in hotel before and had heard nasty remarks from waiters, cooks or even their chefs when facing these type of guests. It is hurtful.

iv) The best attitude about these Europeans/Westerners are, they don't bother about other people's lives. They would still greet you hello and wish you to having a nice day but other than that, they are unobtrusive. This would already make my day.
What about us? We are a totally opposite society. We always wanted to interfere with other people's lives.It is unhealthy and we should make a stop right away.

v) When we make an appointment with the Europeans, there's nothing to worry about. The appointment is set at 10:00am, they'll be there by 09:50am. If there are those who is not punctual, then most probably he/she had lived in Malaysia or India or any of those Arab countries for a while. Especially the Indians. Their sense of punctuality is scary. Their 5 minutes is equal to 40 minutes. When you left, they'd call and insisted that they had been waiting since an hour ago. So, Malaysian + Indians + Middle East = no respect for punctuality. A few times my appointment with friends  turned sour as they either didn't come on time or didn't show up at all. Without any call or text messages at all. Arghh.. I give up.

That's all that I can share with you today. Whatever is good, take and blend it into our daily lives. Leave the bad influence out. That way, people will respect us for what we are.

Have a nice evening,
Rose
7th.July '12