Macaroni Daging

Salam semua,

Dah jemu nak makan nasi malam ni? Tak tau nak masak apa untuk famili? Jom kita cuba masak makanan kegemaran mat salleh pulak. Macaroni. Tapi saya tak buat yang selalu dia orang buat tu iaitu macaroni and cheese. Saya buat macaroni dan daging. Rasanya lebih sesuai dengan selera kita di sini.

Bahan yang diperlukan :
170gm daging cincang (saya guna corned beef)
1 labu bwg besar dipotong nipis
2 ~ 3 ulas bwg putih di rincik kasar
2 sudu minyak zaitun
1/2 sudu teh serbuk cili kasar (chili flakes)
1 tin tomato puree
segenggam daun ketumbar (dipotong kasar)
1 sudu besar lea & perrin sauce
sikit serbuk lada hitam, sikit garam dan sikit gula

Semua barang dah ada kan? Jom kita mula:

Kalau hidangan untuk 4 orang, kita pakai lebih kurang 250gm macaroni cukup lah. Jangan buat semua nanti membazir pulak.(dipacketnya ada tertulis)
Panaskan air dulu sehingga mendidih. Tuangkan sikit minyak zaitun anggaran 1 atau 2 sudu.Lepas tu baru masukkan macaroni tadi dan biar sehingga lebih kurang 10 min. Angkat dan toskan.



Sekarang kita mula masak :
Seperti biasa panaskan minyak zaitun didalam kuali. Kemudian masukkan daging cincang tadi dan masak sampai agak kekuningan.

Kalau kuali agak kering, tambah sikit minyak dan masukkan pula bwg besar dan bwg putih. Kacau lagi sampai bawang merah jadi layu.


Sekarang masukkan tomato puree tadi bersama dengan garam dan gula serta serbuk lada.Kalau nak pedas, masukkan serbuk cili, kalau tak suka tak payah. Kacau biar rata. Sekarang bolehlah di campak masuk macaroni yang dah kita masak tadi dan gaul rata. Terakhir masukkan lea n Perrin sos dan juga daun ketumbar.


Kacau sebentar dan dah boleh di angkat.
Hidangan yang senang dan murah utk disediakan.

Selamat menikmati hidangan anda.

Anggaran Costing :
Daging 250gm          - RM 4.50
Macaroni  (1/2 pck) - RM 2.50
Lain-lain bahan         - RM 2.00

Jumlah                        RM 9.00 utk 4 orang    

Salam dari saya,
Rose

Diabetes, Cancer, Me And My Diet



A few days ago, my husband came back from work and told me an acquaintance of his had passed away in his sleep. Another one suffered from stroke. Last month a hotel staff that he used to know died because of diabetes. All of them suffered from diabetes.

I am diabetic too. I had it since late 2010. My diabetes was most probably hereditary. My grandma had it. My grandpa had it. Both my parents had it too. I was never a sweet tooth person. If somebody were to bring me a box of chocolate, it could well be frozen inside my fridge for some time. The children were not really into it too. We all ate chocolate but once in a while. Even ice cream. We rarely indulge ourselves in this all time favourite except for Mr Hubby. He simply loves it. Sara & Sophie hardly drank carbonated drinks. I did years ago. But I had got rid of that habit a few years ago.
So, when I was told that I have diabetes, it took a while for me to gulp the news down.

It is compulsory for a diabetic person to watch their daily dietary. I remembered my late dad, he used to love this mung bean dessert, very sweet and creamy. Whenever he had the crave for this dessrt, my mom would cook for him. Since he was a diabetic patient, my mom had lessened out the amount of sugar as per doctor's  instruction. He grumbled something like, "As long as we can eat, we should it it. If we were to die, we will die no matter where we are. So, my mom,whether she liked it or not, she had to cook the same way as before. I personally think, the older generation or the generation prior to us loved sweet food.

After the news of my diabetes, I was told I had gallstone. The pain was unbearable so I agreed to go for an operation. That was two years ago. Within a few months after that, I was shook with the news of breast cancer. And while under going chemotherapy treatment, I had to endure another unbearable pain, I had shingles. And it lasts about a week but the pain was more than that. I watched one documentary on T.V, it says at times the pain of shingles can be more that of a labour pain. I second to that.  

If only I am a doctor., I could be a damn good doctor, considering all kind of sicknesses and diseases that I had gone through.
What I am trying to say is how I watch my daily diet. Well, I was never good in dieting, ever! But this time around, I had to. It's for my own good. I received many words of encouragement from my well-meant friends and acquaintances.

What I do was, I read all kind of health related news be it from watching it in T.V, radio, google, magazines or newspaper, I read it all. From there, I do my own conclusion and pick the best to suit my way.
Lets see, my daily fluid source comes from hot Milo (chocolate) and just plain water. I drink it without cream or sugar. My afternoon tea will be the same, without sugar. But there are times, especially for diabetic person, we had this cravings for sweet things every now and then. When I had that cravings for sweet iced-tea, I would make a pitcher full of iced-tea with normal count of sugar. Since I can't drink the way normal people do, I'd pour maybe about a quarter of the glass , then mixed it with a half glass of plain water. So I got a little taste of iced tea. If any one were to drink my drinks, they could have just throw it away. As for me, I've gotten use to it already by now.

The same goes for my breakfast, I don't take the Malaysian favourite Nasi Lemak (rice cooked in coconut cream) or noodles or anything that is too heavy for me. I will usually have two piece of currypuffs (look up malaysian currypuff in one of my posts if you don't have the idea of how it looks like) and one smal piece of another malay delicacies. That's all for my breakfast.

After breakfast, I don't go for in between snacks or tea until lunch. I use only Basmathi rice now at home. It's because this rice is low in sugar level. Too much of dairy products are also not advisable for the diabetic. I had always love these fatty creamy food.
Now, it has all become a memory (being melodramatic).

My dinner is even simpler. I eat whatever leftover left. Maybe a slice or two of sandwich loaf goes with some chicken curry or prawn sambal. Or some fried noodle (pad thai). Noodles, any type of noodles has become a favourite of mine, but still I can't indulge much more than I supposed to. Or I'd bake myself a paratha-like bread and dippped with curry. Heavenly!

I used to weigh about 79 or 80kg a couple of years ago. After diagnosed with diabetes, I noticed I am losing weight slightly. I feared the cancer was back again. I quickly consulted my doctor and after some blood test and what not, he told me it's natural that I am losing weight since I watch my food and keep sugar away as much as I can. Phew! That's a big relief. The culprit of all the diseases comes from diabetes. We all should watch what we eat in order to keep away all other diseases especially the hypertension, kidney problem and cardiovascular disease.
I am trying my very best to stay healthy and keep away all other unwelcome diseases. My weight now is at 69kg.

I know it's tough to refrain ourselves from all those mouth-watering food being laid right in front of our eyes day in day out. But we had to be strong for our own sake. Fruits are good for diabetic person but we still can over do it. Sweet fruits like papaya, watermelon, banana and many others are to be taken in a small portion.

If I were to sum up what is my daily consumption, it will come to this : breakfast; 2 currypuffs and a piece of malay delicacies. Lunch; a little rice with some malay salad and fish (fish is my favourite, thank god I can still take this without much reservation) and dinner with 2 slices of bread or rice noodles or paratha roti.

I don't blame people with diabetes and high blood pressure  if they can't control the food temptations. I truly understand them. No sweet taste, no salty taste no greasy fries or burgers. That's tough. You think everybody can sit and enjoy a selection of steamed food all the time? Or green vegetables with boiled fish every time? Whoever can follow the regime, he or she is truly a saint.
Now you know why I am slowly losing weight, which is a good thing if I were to look on the bright side.

Moral of the story, we had to be positively strong mentally and physically. Feast the food temptations with our eyes only not by chewing them. Watch what we eat and hopefully we will be healthy till the ripe old age.

Cheers!
Rose
13th.Oct '13





Kek Nenas Mini





Assalamualaikum semua,

Hari ni saya nak ajak pembaca semua buat kek nenas mini. Hari tu saya baru buat. Sedap dan tak sempat nak simpan pun, dah habis. Kek mini ni pun sangat mudah nak buat dia.
Ada banyak versi cara nak buat kek ni. Setengah resipi pakai nenas keping tu terus, untuk adunannya pula setengah resipi pakai air instead of susu. Saya pakai melted butter. Ikut kitalah. Mana-mana pun boleh. Tapi saya pakai nenas tu dan hancurkan ia menjadi seakan -akan jem.

Kita hanya perlukan :











1 tin kiub nenas ( ambil nenas saja dan hancurkan. Jus nya diasingkan)
2 ketul butter di keluarkan dulu dari peti sejuk( anggaran 2jari setiap satu)
1/2 cawan gula perang
(Masak semua bahan diatas sehingga agak pekat dan keperangan. Kalau masih agak cair, renjiskan sikit tpg gandum utk melekitkan inti ini)
Ini dia inti atau jem utk mini kek . Anda juga boleh mengisarnya lebih kasar drp ini supaya senang nak keluarkan dari loyang.

Untuk kek nya pulak :

3 biji telur
1/2 cwn melted butter
1 cawan jus nenas
1/2 cawan minyak canola
2 cawan tepung kek (moist)
1 sudu teh soda b.
sikit garam

Dalam satu mangkuk, masukkan semua bahan dan putar pada speed perlahan dulu sehingga sebati dan berkilat. Bila dah sebati, putar laju selama 2 minit .

Adunan harus kelihatan begini

Sekarang, ambil loyang dan griskan dengan sikit marjerin dulu kemudian tepung utk mengelakkan dari melekat. Ambil sikit inti atau jem kita tadi dan letak didalam loyang. Kemudian tuangkan pula adunan yang baru kita siap tadi.

Letak inti dibase loyang kemudian tuang adunan

Sediakan oven pada kadar 160darjah. Bila dah panas bolehlah dibakar selama lebih kurang 25 min. Kalau kek tidak melekat ditepi loyang, bermakna kek kita dah masak.
Angkat keluar dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk, terbalikkan kek diatas permukaan yang rata dilapik dengan kertas minyak atau apa-apa saja yang sesuai.
Untuk mencantikkan ia, hiaskan dengan sebiji ceri merah.

Ni dia, kek nenas mini. Saya suka rasanya yang sikit berbeza dari kek-kek lain sebab penggunaan jus nenas tadi.

Rose
12th.Oct '13

Kencing manis, Cancer, Saya dan Diet Pemakanan


Assalamualaikum semua,

Beberapa hari lepas suami beritahu saya, ada satu kenalan dia (tak berapa rapat) meninggal dunia dalam tidur. Ada yang lagi sorang tu kena stroke. Bulan lepas ada sorang hotel staff meninggal dunia akibat kencing manis (paras gula terlalu tinggi). Kesemua yang diatas ni ada penyakit kencing manis.

Saya pun pesakit kencing manis. Dah tiga tahun iaitu sejak tahun 2010. Tapi saya kena ni kemungkinan besar disebabkan keturunan. Arwah tok dan tok wan saya ada kencing manis, mak dan bapa saya ada kencing manis. Ikutkan saya memang kurang berminat dengan benda-benda manis. Kalau ada sesiapa hadiahkan saya sekotak chocolate, alamatnya berbulanlah chocolate tu dalam peti sejuk. Budak2 dirumah pun kurang makan. Ais krim pun saya tak berapa gemar. Sekali sekala tu okay la tapi bukan selalu. Air minuman bergas pun saya kurang. Jadi bila dapat tau saya kena kencing manis ni, saya agak terkejut jugak lah.

Kencing manis ni sewajibnya kena pantang makanan bergula tinggi ataupun terlalu manis. Saya masih ingat arwah bapa saya dulu, dia suka bubur kacang. Bila dia teringin dia suruh mak saya masak. Mak saya pun masak dan cuba kurangkan gula ikut arahan doktor. Apa lagi, bising lah bapa saya. Lebih kurang begini katanya, " Selagi boleh makan kita makan, kalau nak mati bila-bila pun boleh mati. Jadi mau tak mau mak saya kena masak ikut sukatan macam selalu lah.Saya rasa generasi dulu memang suka makanan yang sangat manis kot sebab kesemua mereka suka sungguh dengan manisan.

Selepas kena kencing manis, saya dimaklumkan pula ada batu hempedu. Harus dibedah.Dah pun dibedah dua tahun lalu. Selepas tu darah tinggi.  Tak lama lepas tu, saya dikejutkan pula dengan breast cancer. Dah pun dibedah juga dua tahun lalu iaitu dua bulan selepas pembedahan batu hempedu. Semasa mengambil rawatan kimoterapi,saya terbaring pula dengan kesakitan yang amat perit selama lebih kurang seminggu disebabkan shingles ataupun bahasa melayu kayap. Ya Allah! Sakitnya sangat-sangat memeritkan. Saya tengok satu rencana di TV mengatakan sakit kayap ni kadang-kala mengatasi sakit orang nak bersalin. Apa pun,alhamdulilah, setakat ni saya masih sihat berkat doa semua dan kasih sayang dari ahli keluarga.

Kalaulah saya ni seorang doktor, agaknya dah jadi doctor yang hebat sebab hampir semua jenis penyakit pernah saya hidapi.

Apa yang ingin saya kongsi ialah, cara saya menjaga makanan harian. Ada ramai kawan dan kenalan yang memberi petua dan nasihat bagaimana nak jaga makanan terutama bagi pesakit seperti saya ini. Mana yang boleh saya ikut, saya ikut. Terlalu banyak pantang dalam makanan dan minuman harian.

Jadi apa yang saya buat ialah, saya baca apa saja bahan berkaitan penyakit yang saya hidapi ini. Tak kiralah bahan bacaan tu dari, T.V ke, radio ke, google ke, majalah  atau suratkhabar , semua saya baca. Dari situ saya buat kesimpulan sendiri dan saya ikut cara saya sendiri.
Contohnya, minuman harian saya pada pagi hari ialah Milo O tanpa gula. Petang Teh O tanpa gula. Tapi bagi pesakit kencing manis ni, kadang-kadang  terasa macam  teringin sangat nak makan atau minum yang manis-manis. Jadi apa yang saya buat ialah, Saya buat Teh O ais dengan gula seperti biasa. Ahli keluarga yang lain boleh tumpang minum. Untuk saya pula, saya akan tuangkanTeh O ais tadi kedalam gelas anggaran suku gelas saja. Selepas tu saya tambahkan dengan air kosong setengah gelas. Memang la kalau orang lain minum, mahu dibuangnya air tu. Tapi sebab saya dah biasa, rasa okay saja. Saya buat macam tu bagi nak buang rasa teringin tu ja. Ikut peribahasa kita, alah bisa tegal biasa.

Macam tu juga dengan sarapan pagi saya, saya tak makan nasi lemak, saya jarang makan mee atau bihun goreng, kalau roti loaf pun tak banyak, setakat sekeping atau dua keping saja. Tak boleh bakar sebab bila dibakar ia akan produce karbon yang mana tidak baik untuk pesakit kencing manis. Kalau roti canai saya hanya makan sekeping saja. Selalunya setiap pagi sarapan saya ialah dua biji karipap dan satu jenis kuih yang manis. Itu saja.

Selepas sarapan, saya tak makan apa dah sampai lunch time. Sekarang dirumah saya pakai beras Basmathi, bukan sebab kaya atau perasan tapi sebab beras ni kurang paras gulanya. Daging juga kurang elok untuk pesakit cancer. Susu, cheese, butter dan produk yang seangkatan dengannya pula tidak elok untuk pesakit kencing manis. Kalau nak makan pun secara berpatutan. Saya pula benda berlemak ni yang paling saya suka. Kalau buat spaghetti, kalau boleh setengah cawan pun boleh saya tabur parmesan. Sekarang dah sebab semua benda ni boleh memudaratkan, saya kurangkan atau tak makan langsung sampai berbulan lamanya.

Bila saya berpantang makan, maknanya saya harus berpantang untuk dua penyakit, kencing manis dan cancer.  Benda yang paling saya suka ialah durian dan pulut. Dua-dua makanan ni mempunyai peratusan gula yang tinggi didalamnya. Macam nak menangis juga masa mula-mula dulu nak ikut pantang ni. Ada separuh orang pulak kata, pesakit cancer tak boleh langsung makan pulut. Jadi seperti yang saya kata tadi, saya ikut cara sendiri, saya makan juga makanan kegemaran saya tapi tak banyak. Kalau pulut tu saya makan dalam dua tiga suap saja. Bab durian pulak, habis banyak pun saya makan dua ulas saja. Janji dapat rasa. Mungkin ada yang tak percaya, tak kan saya boleh tahan makan macam tu. Pelik tapi benar! Haha.. Betui, saya tak buat lawak ni. Memang macam tu saya makan.

Makan malam saya lagi senang, saya tengok apa yang tinggal. Kalau ada sambal tumis siang tadi, saya ambik dan saya makan dengan roti loaf sekeping atau dua. Saya memang tak berapa gemar makan nasi, jadi senang la sikit nak control. Kadang-kadang saya buat roti (lebih kurang paratha macam tu) dan saya makan dengan kari apa-apa yang ada. Haa, kalau roti macam ni saya boleh makan sampai dua keping.

Dulu berat badan saya 79 atau 80 kg. Selepas kena kencing manis hampir setahun, saya mula rasa badan saya semakin susut. Mula-mula saya risau juga ingatkan cancer saya balik semula. Bila saya jumpa doktor dan tanya dia berkenaan hal ni, dia bagi tau sebabnya . Katanya gula boleh menyebabkan kita menjadi gemuk. Jadi bila saya dah kurangkan gula seminimal yang boleh, dengan sendirinya badan saya mula susut.
Kata doktor tu lagi, penyakit yang paling jahat ialah kencing manis sebab dari kencing manislah akan bermulanya penyakit lain pulak seperti darah tinggi, jantung dan buah pinggang.
Sekarang selepas tiga tahun berat saya dah jadi 69kg. Tak payah nak diet.

Tapi apapun, memang payah nak kurangkan segala jenis makanan yang kita suka. Buah baik untuk kesihatan kita. Tapi bagi pesakit kencing manis, walaupun buah memang kena makan tapi tak boleh banyak-banyak terutamanya buah yang manis seperti pisang, tembikai atau betik. Kalau nak makan, cuma makan sepotong saja. Bukan sepotong yang besar ya.

Jadi kalau saya buat ulasan selari mengenai pemakanan harian saya, ia akan jadi begini : sarapan pagi; 2 karipap & sepotong kuih manis (seperti tepung talam), lunch; nasi, ulam dan ikan (ikan yang paling saya suka,nasib baik boleh makan yang ni) dan malam roti dua keping cicah dengan kari.
Saya tak salahkan pesakit2 kencing manis yang lain sebab saya tau godaan makanan tu macam mana. Segala macam makanan yang manis dan sedap dah tak boleh makan. Ouii, payah tu nak control.
Tambah kalau orang yang macam saya ada tiga jenis penyakit ni lagilah banyak pantangnya. Gulai ikan masin, sangat-sangatlah saya menyukainya. Dah tak boleh nak makan banyak sebab masin. Telur masin tak boleh, ikan talang kering tk boleh, potato chips pringles tu pun tak boleh. Semua ni berasaskan garam yang banyak. Mana la badan tak susut. Kesian kat saya.

Jadi, moral of the story, kena kuat iman. Cuci mata ja dengan makanan yang boleh buat air liur meleleh tu. Apa nak buat dulu muda-muda makan tak hengat dunia. La ni baru nak bersedih. Dah terlambat sikit dah.
Saya harap dan ajak kawan-kawan yang ada penyakit terutamanya kencing manis, jagalah pemakanan anda sebaik mungkin. Satu penyakit saja masih senang nak jaga cuma kurangkan gula saja. Jangan biar ia melarat ke penyakit lain. Masa tu dah susah nak jaga.

Salam dari saya dan selamat malam.

Rose
11th.Oct '13



Nasi Goreng Telur Masin

Salam semua,

Hari ni saya nak masukkan satu resipi yang mungkin semua blogger masakan di Malaysia akan masukkan juga ke dalam blog masing-masing. Resipinya ialah nasi goreng. Hidangan ni dah macam sebati dengan kita rakyat Malaysia.
Jadi untuk memberi sikit kelainan dari nasi goreng yang biasa kita buat dan makan, saya mencuba Nasi Goreng Telur Masin. Haa..mesti cuba. Sedap. Ada sikit kelainan dari nasi goreng yang biasa kita buat di rumah.

Bahan-bahannya :

2 cawan nasi putih
1 biji telur masin yg di rebus ( dipecah-pecahkan)
sikit udang basah
Bawang putih dan bawang merah yang dirincik kecil
3 biji cili merah (yg ditumbuk kasar atau dikisar)
1/2 besar sudu sos tiram
1 sudu besar kicap manis


Kita mulakan dengan menumis bwg merah dan cili merah.Sejurus selepas tu, masukkan bwg putih.

Tumis sehingga bawang menjadi warna jernih, sekarang masukkan telur masin dan udang dan gaul rata sehingga udang di salut telur tadi.

Sekarang, masukkan nasi dan gaul lagi. Masukkan sos tiram dan kicap manis. Kacau sekejap dan dah siap.
Mesti cuba. Kalau pakai beras Basmathi lagi sedap sebab beras ni tak berkanji jadi kita dapat rasa telur masin tu bersalut dengan nasi dengan lebih baik lagi.



Bersama dengan nasi goreng ni, saya buat sambal kering tempe sebagai hidangan iringan.
Tempe frozen

Tips : Tempe di atas ni saya simpan dah berminggu dalam peti sejuk. Kalau kita biarkan di bahagian biasa dlm peti sejuk, ia akan rosak atau jadi berkulat. Jadi saya goreng tempe ni dulu, biarkan sejuk. Lepas tu saya masukkan dlm zipper bag macam diatas dan simpan dalam freezer. InSyaAllah tahan lama.


Rose
10th.Oct '13

Working Women Versus Working Husband

Hello again everybody!

How's every one doing? Hectic? Try to take one step at a time. Take a deep breath and exhale. There, a little better now..

What shall we talk about today? About having no time to ourselves? About always running around trying to juggle between cooking, taking care of the family and paper work? I know, I know, it's hard. Believe me, I've been there, done that.
Let us take a look at one career woman's daily schedule first. She will need to wake up, latest at least by 0600am. She had to be in the office by nine. Had to prepare breakfast for husband and the kids. The kids had to be in school by 07:30am. Rushing each and everyone to hit the shower, get dressed and make them eat something to fill up their stomach was no easy task. After succeeded in doing that, she had to drive to school as fast as she can. Another child that hasn't started schooling yet had to be sent to a different place, a day care home. She had to rush to two different routes every morning five times a week.

 If the school is quite close to the house, then most probably she'd drive home to continue with the house chores. First thing, put all the dirty laundry into the washing machine. Then Mr Hubby is going to his office in a short while, his clothes needed to be ironed out. Next, if she has the time,maybe she'd cook a light lunch and leave for the children upon returning from school.
Okay, now she looked around the house, everything looked normal. She can live the house in peace. Oh no, the cat. It has to be brought outside and keep inside the little cage in case it went off somewhere and got stolen or worst still, being run over by a truck. Now at 08:15am ,she can finally leave to the office.

Once arrived, if she's lucky, there wouldn't be too much work-load waiting. She'd have time to sit back and enjoy a few hours of blissfulness on her own. Otherwise, her head would be buried into the paper work and squinting her eyes at the computer screen for the whole time she was there, stopping only for lunch.

During lunch, she'd rushed out not to have a leisurely lunch with her colleagues but rather to pick up the children from school and send them home.  She would then drive back to her work place and carry on with what she was doing earlier.

By five, she's ready to drive home and stopped at another pit-stop, to fetch the youngest from the day care home. En route, she had to stop again at grocery store to get something for dinner tonight. Arrived home, without having time to change her clothes, she'd hurried over to the back lawn to gather up the dry laundry. Once inside, its time to start shouting for the children to clean up themselves and get ready for dinner. While her mouth was busy nagging to the children, her husband arrived home. She had to make some tea for him and maybe toast up a piece of bread for him. She then continued with her dinner. By seven thirty p.m. her dinner is ready and the family will have their dinner.

But her work load didn't finish there, she had to prepare and do some ironing for the children's school uniform for tomorrow morning and take a peek at their home work if it was done.She had to fold up the clean laundry and placed it into each and everybody's drawer.
She would finally be able to put her feet up at about ten o'clock. A little peace around the house. Sigh...

What about the husband? Lets talk about the ones who has the nine to five job. They have the leisure to wake up at, lets say 07:30am? He got up to a quiet house as the children had already left for school. Sit back and browsed through the morning paper with a cup of coffee in one hand. Had a leisurely breakfast and even a leisurely shower. By 08:30, he left for work. The work-load was crazy at times. It took all his time and space. He was exhausted.
Lunch time was a saviour. He could go out for an hour with his colleagues to have a proper lunch without having to rush to fetch the children from school as his work place was slightly further from home.The missus will take care of that.
After lunch, he can breathe easily now that the heavy back log was cleared off visibly. He had some time to work on his current assignment.
He was relieved when the clock strike five. It's time to go home.He drove home slowly and didn't stop anywhere as the missus must have cooked something for dinner. The children were already at home. Upon reaching, the children were happy to see daddy home. He came inside and sat playing with them for a while. Some hot tea is ready for him for afternoon tea.

He sipped his tea and watched some delayed telecast of English football. He dozed off on the sofa unperturbed by his surroundings and children's bickering.
He would soon awake just before dinner is served. He called out the children and together with the missus, they sat and had their dinner. After dinner, it's family quality time. Everybody will be around the little television in the living room watching whatever there is interesting to watch.
He yawned at eleven and soon switch off the light.

Both had to work to provide for family necessities and stability. At every end of the month, both had to chip in to pay for endless bills, home mortgage, car installment and etc...
But women remain the strongest and there was no limit to their sense of responsibility when it comes to looking after their family.

What I think? I think we are a great species. Hands down to us all, women all over the world, for being awesome. We are not denying the men's part in looking after their family but women were simply outstanding. And that's a fact.

Have a great evening,
Rose
7th.Oct '13



Kuih Kacang Hijau atau Kuih Kasturi


Salam Sabtu dan selamat petang semua,

Tadi saya buka peti sejuk tengok apa yang ada untuk dibuat minum petang. Ada tiga empat container kat dalam tu yang saya guna untuk menyimpan segala macam bahan. Tinggal yang akhir, saya buka tengok, ada left-over bubur kacang hijau.

Nak buang sayang jadi saya improvise buat kuih kasturi atau cucur kacang hijau. Oh, ada satu lagi nama untuk cucur ni, kuih rengas. Jadi, ikut kitalah nak sebut nama apa.

Kalau ikut resipi kuih ni, kita rebus kcg hijau sampai empuk masukkan gula, sikit garam dan kelapa parut. Masukkan tepung gandum dalam dua tiga sudu besar utk melekatkan kacang tersebut.



Untuk batter dia pulak, kita pakai tepung beras, tepung jagung sikit, air kapur dan garam. Gaul semua. Batter ni seeloknya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Saya tak bagi sukatan sebab rasanya semua boleh agak nak masukkan banyak mana airnya.

Kerja saya jadi senang sebab semua dah sedia. Saya cuma perahkan keluar lebihan santan pada kuih ni, kemudian saya tambah kelapa parut dan sikit tepung. Itu saja.

Selepas tu, kita ambil sikit dari gumpalan kacang tu dan kita leperkan ia macam gambar diatas,


 Dah siap untuk di goreng dan dah di goreng. Jom kita sit back and have some tea with our traditional Kuih Kasturi.

Tips pesanan : Kalau boleh jangan dibazirkan apa saja makanan yang tak habis. Kita ambik dan simpan dlam freezer (yg mana yg boleh disimpan) dan boleh di olah (atau improvise) untuk buat benda lain ataupun senang cerita kita boleh panaskan semula makanan tu.

Salam dari saya,
Rose
5th.October '13