Ayam Pandan


                                                     AYAM PANDAN

Assalamualaikum buat semua yang sudi membaca blog mak cik Rose,

Tadi tengahari mak cik Rose buat ayam pandan. Saja nak tukar selera. Ada banyak versi dan cara untuk membuat ayam pandan ni.
Jom kita cuba buat.
Bahan-bahan diperlukan :




STEP 1:
Ayam yang dirincik halus (lebih kurang 7 ketul sederhana besar - isi sahaja)
Bawang putih di rincik halus
Daun kari dan daun ketumbar yang dipotong halus

* 1 sudu teh serbuk ketumbar * 4 sudu teh serbuk cili * Sedikit serbuk kunyit
* 1 sudu teh serbuk jintan manis * 2 sudu teh minyak bijan
* Garam , gula dan lada putih  
(Semua bahan diatas di gaulkan sekali kedalam ayam tadi dan di perap untuk 40 min)

STEP 2:
Ambil daun pandan yang berdaun lebar dalam 10 helai.

Buka daun pandan macam nak buat ketupat pulut dan masukkan perapan ayam tadi kedalam balutan pandan itu.
Cucuk dengan lidi kecil supaya tak terbuka.
Sekarang bolehlah digoreng dengan menggunakan api yang sederhana panas.
Ayam pandan ni boleh makan begitu saja ataupun dengan sos siam pun sedap.

Kalau api terlalu pelan, ayam jadi lembik macam tak masak tetapi kalau api terlalu besar pulak takut tak masak didalam.

** 7 ketul ayam tadi boleh dapat lebih kurang 12 ayam pandan.

Petua masakan : Gula boleh diganti daripada menggunakan Aji No Moto.



Rose
2-11-2012

Kurma Daging


                                                     KURMA DAGING

Assalamualaikum semua,

Dah agak lama mak cik Rose tak update blog masak ni. Minta maaf, agak sibuk seminggu dua ni.
Cuti sekolah dah mula, jadi ramai ada kat rumah. Hari ni mak cik Rose masak kurma daging. Boleh makan dengan nasi minyak.
Jom kita masak.

Bahan-bahan yang diperlukan :
*Daging 1/2 kilo dipotong kecil (cukup untuk 6 atau 7 orang makan)
  (Daging ni mak cik Rose rebus dulu 3/4 suku masak)
* Bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari.
* Kulit kayu manis, bunga cengkih/ bunga lawang, buah pelaga dan daun kari
* Ubi kentang yang dipotong kecil
* Santan ( ambil separuh dari santan seringgit yang kita beli kat market
* Rempah kurma ( satu bungkus setengah) bungkus kecil dicampur air
* Kerisik (anggaran 1 sudu besar)

 Mula-mula, seperti biasa, kita tumiskan dulu kulit kayu manis, bunga cengkih/lawang, buah pelaga dan daun kari.
Bila dah naik bau, kita masukkan bwg putih/merah dan juga halia.
Bila dah sedikit kuning, masukkan pula rempah kurma yang dah dicampur kerisik tadi bersama dengan daging dan ubi kentang.

Biarkan sehingga daging empuk. Kalau masih belum empuk, tambahkan lagi air dan biarkan sehingga empuk.
Sekarang bolehlah dimasukkan santan. Kacau biar rata.

Masukkan pula garam, sedikit ajinomoto dan sekeping asam gelugur.
Biarkan sekejap. Masukkan bawang besar (bawang besar dibelah empat).
Biarkan sehingga mendidih dan bolehlah ditutup api.

Dah siap menu hari ini, kurma daging bersama nasi minyak.

Petua hari ni : Daging boleh direbus sehari sebelum memasak dan simpan didalam peti sejuk. Rebus anggaran 3/4 empuk dan simpan bersama airnya. Bila kita nak masak bolehlah digunakan dengan airnya sekali dan ini akan membuat kuah kita menjadi lebih sedap. 

Rose
13th.Nov '12

PACERI TERUNG


                                              PACERI TERUNG

Selamat petang semua,

Dah banyak hari jugak tak update blog masak ni. Hari ni mak cik Rose buat paceri/pajeri terung.
Ikut selera masing-masing, boleh tukar terung dengan nenas ke atau yang lain-lain.

Bahan yang diperlukan untuk menumis:
Bwg merah/bwg putih/halia/daun kari
Kulit k.manis/bunga cengkih/bunga lawang dan buah pelaga

Untuk rempah :
3 sudu makan rempah daging (utk 6 orang makan)
1 sudu besar (jangan terlalu penuh) udang kering yang di tumbuk
2 sudu besar kerisik
(semua di gaul sebati dengan air)

Santan RM1.00 (ambik separuh)

Kita mula masak :

Mula-mula tumiskan bahan-bahan seperti diatas
Biarkan sehingga agak kuning

Kemudian masukkan rempah yang telah digaul tadi.
Potong terung dan dibelah dua. Masukkan terus kedalam rempah tadi.
Biarkan sehingga pecah minyak.

Sekarang bolehlah dimasukkan santan dan sedikit garam.
Juga masukkan gula putih 2 sudu besar dan gula merah 2 sudu besar jugak.
Ini lah paceri terung yang dah siap untuk dimakan.

Nota: Ikut selera kita, kalau nak manis boleh lebihkan gula.
          Begitu juga dengan terung, kalau suka 3/4 masak,terung tadi boleh dimasukkan selepas rempah pecah
          minyak.


Rose
20th.November '12

BUTTERED CHICKEN


                                         BUTTERED CHICKEN

Salam semua,
Kemarin mak cik Rose masak ayam butter. Sebelum ni pun dah buat tapi versi India. Depa kat rumah tak berapa suka. Dia orang kata rasa macam kari sikit. Kalau stail melayu dia orang pakai cili api.
So, selepas try 2 tiga kali, mak cik rose came up with this. Campur India dan melayu, kiranya fusion la ni.

Jom sama-sama kita tengok apa yang diperlukan.

Kita perlukan  4 ketul ayam,  4 (potong dadu dlm 2 inci )butter, 3 sudu makan whipping cream, 4 sudu makan yogurt, serbuk cili, bawang putih yang di rincik halus, garam, daun kari dan susu cair.

Okay, mula-mula kita perapkan ayam dulu dengan whipping cream, yogurt, daun kari dan serbuk cili (ikut kalau nak pedas boleh lebihkan.) Mak Cik Rose pakai 3 sudu makan serbuk cili. Biarkan ayam tu lebih kurang 2 jam.

Selepas 2 jam bolehlah dipanggang atau digoreng ayam tadi tiga suku masak. Angkat dan letakkan di tepi  dulu.
Lepas tu dalam kuali berasingan saute kan bawang putih dengan 2 ketul butter. Jangan biar sampai kuning. Masukkan ayam yg dah digoreng bersama dengan lebihan perapan ayam tadi. Masukkan air dalam 1 cawan beserta dengan susu cair dalam suku cawan.

Biarkan ia menggelegak, kemudian masukkan garam. Biarkan sehingga kuah agak pekat barulah diangkat.

Dah pun masak. Senang saja kan? Sedap pulak tu. Ayam ni kalau makan dengan nasi minyak ataupun roti naan ke, capati ke, baru masuk.
Cubalah.. nanti bagi komen sedap ke kurang sedap, okay?

Rose
19th.Oct '12

AGAR-AGAR GULA MERAH BERSANTAN


                             AGAR-AGAR GULA MERAH BERSANTAN

Assalamualaikum semua,

Tengahari ni mak cik Rose tak masak sebab tinggal kami 2 beranak ja kat rumah. Jadi dah agak free sikit, buat ja lah sikit agar-agar yang simple ni untuk dessert.
Untuk anak-anak  yang tinggal jauh dari keluarga, cubalah buat kat asrama ke, dorm ke, mana-mana sajalah.

Kita perlukan agar-agar (macam gambar dibawah), gula merah, gula putih, sikit garam, santan dan sebiji telur.



1) Mula-mula basuh agar-agar tu dulu. Lepas tu, masukkan kedalam periuk dan masukkan air. (ukuran air ikut plastik agar-agar tu tadi. Isikan air dalam plastik agar2 tu sampai hampir penuh)
***Nota : Kalau pakai separuh saja agar2 tu, air pun separuh plastik saja.
2) Di dapur berasingan masakkan gula merah dengan sedikit air. Bila gula dah pecah dan cair, tapis dan tuangkan kedalam periuk agar-agar tadi. (Ingat, jangan terlebih air semasa masak gula merah tadi)




Bila dah mendidih, masukkan gula putih dalam satu cawan dan biarkan mendidih lagi. Tadi mak cik Rose saja tambahkan sikit nescafe dlm satu setengah sudu teh untuk menaikkan lagi rasa agar-agar ni.
Ikut hati kita lah..kalau kita nak tambah perisa apapun boleh, janji makan.


 Setelah tu masukkan santan yang dah dipukul dengan telur tadi dan juga sedikit garam.

Biarkan mendidih sekejap. Tutup air dan bolehlah dimasukkan kedalam acuan yang sedia ada.
Masukkan ke dalam peti sejuk dan voila...

Rose
24th.Oct '12

Ayam Masak Jintan


                                             AYAM MASAK JINTAN

Bahan-bahan yang diperlukan :
Ayam dipotong mengikut kesukaan kita



Bawang merah dan bawang putih ,Halia
6 ~ 7 Cili kering yang disangai  (Jangan terlalu hitam)               
( Bahan-bahan ni di kisar)



1/2 sudu makan serbuk jintan putih,  1/2 sudu makan serbuk jintan manis , 1 sudu teh serbuk ketumbar
Di  perap bersama ayam  (perap untuk 40 min)
Setelah di perap goreng ayam separuh masak dan ketepikan dulu.

Bahan-bahan lain yg diperlukan :
Santan (suku cawan)
serbuk kari daging ( 3/4 sudu besar),
kerisik 1 sudu besar,
bawang goreng 1  1/2 sudu besar,
1 s/t serbuk buah keras
6 ~ 7 biji  s/t serbuk almond (yang disangai terlebih dulu)
garam, sedikit gula
Daun kari

Mula-mula tumiskan bahan-bahan yang di kisar tadi.
Bila dah agak kuning masukkan rempah daging dalam 3/4 sudu besar, serbuk buah keras dan juga serbuk almond..
Biarkan sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam yang diperap tadi dan satu cawan air.
Sekarang masukkan garam dan  sedikit gula.
Biarkan sehingga ayam hampir empuk. Masukkan pula santan suku cawan.

Bila dah hampir masak, masukkan bawang goreng dan daun kari kedalam kuah tadi dan kacau rata.


Biarkan sehingga agak kering dan bolehlah diangkat.

Saya taburkan sikit biji bijan yang disangai untuk menaikkan bau.

Petua memasak :
 i)Jangan panik kalau terlebih air didalam sesuatu masakan berkuah seperti kari atau  lain-lain.
Besarkan api dan biar kuah itu kering dengan sendiri. Cuma kalau ada ikan atau sayuran, 
keluarkan dulu supaya tak terlebih masak. Kalau daging atau ayam boleh dibiarkan sebab  
lambat sikit nak empuk.
ii) Jangan terlalu bergantung kepada resipi yang ada. Ikut kreativiti kita. 

Rose
30th.Oct '12

Egg Tart


                             EGG TART ( TART TELUR)

Siapa suka makan tart ni? Sekarang ni kalau kat bakery shop, dah mahal juga. Kalau kat Langkawi sebutir kalau tak silap RM2.50.
Jadi jom kita cuba buat. Tak elok sangat macam kat kedai pun tak pa, selalu2 kita buat lama-lama jadi cantiklah.

Bahan untuk pastri : 230gm tepung gandum (kalau 1 kg punya tepung tu, anggaran 1/4 lah.)
                               Separuh drp butter yg selalu kita beli tu ( 1buku selalunya 250gm)
                               50gm gula icing, 1 biji telur (dipukul sikit) dan sedikit vanilla essen.

Untuk kastad dia pulak : 3 biji telur, 100gm gula kastor, 220 gm air panas (mendidih)
                                      85 gm susu cair dan sikit esen vanila

    Untuk Pastri
Mula-mula untuk buat pastri dulu :

1) Pukul butter dengan gula sampai fluffy dan warna agak keputih putihan.(butter mesti dikeluarkan dari peti sejuk  dulu dan biarkan lembut)
2) Masukkan telur yang tadi sikit sikit. Pukul lagi.

3) Sekarang masukkan pula tepung gandum sikit-sikit. Mix lagi.
    Masukkan juga esen vanila tadi. Gambar akan jadi macam gambar di atas.

4) Uli menjadi doh. Rehatkan tepung doh ni selama lebih kurang 40 min dengan membungkusnya dalam wrapping plastic.
Keluarkan dari peti sejuk. Sekarang bolehlah kita gelekkan ia anggaran setebal 1 inci dan potong bulat. (mak cik rose pakai mug saja buat pengukur)


5) Ambil potongan tadi dan tekapkan kedalam acuan seperti gambar diatas. Tekapkan sehingga doh rapat kesemua bahagian.

     Untuk kastad:
1) Masukkan gula kedalam air tadi dan kacau sehingga gula hancur.
2) Didalam mangkuk berasingan pukul sebentar saja telur dan susu cair.
3) Setelah tu, campurkan sekali No 1 dan No 2.

Sementara itu, panaskan oven sehingga ke 200C.
Sekarang tuangkan kastad kedalam acuan kita. Hati-hati, jangan terlalu banyak.
Bila oven dah panas, kurangkan darjah ke 170C dan sekarang bolehlah di masukkan acuan kita kedalam.
Bakar dulu dalam sepuluh minit dan jenguk kalau tepi pastri kita dah agak perang kita slowkan lagi oven tadi dalam 150 dan bukakan sikit pintu oven untuk tidak terlalu panas.
                                      See..dah pun masak. Sedap tau. Cuba dulu nanti hantar komen kat Mak Cik Rose.

Nak tau kastad tadi masak ke tak, cucuk dengan garpu, kalau tak melekat digarfu kira dah masak lah tu.

Selamat mencuba..
Rose
17th.Oct '12